LAPORAN PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) SEKSYEN NEGERI PERLIS DAN NEGERI SEMBILAN

10 Mac 2021 – Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Seksyen Negeri Perlis pada hari ini telah menyaksikan penyelesaian tunggakan nafkah yang dibayar secara tunai oleh Penghutang Penghakiman sebanyak RM5,560.00.

Penyelesaian tunggakan turut direkodkan oleh BSK Seksyen Negeri Sembilan melalui Notis Penghakiman di mana Penghutang Penghakiman telah berjaya menyelesaikan tunggakan sebanyak RM4,130.00 yang dibayar secara pindahan wang.

Satu penyelesaian tunggakan melalui Saman Penghutang Penghakiman turut direkodkan oleh BSK Seksyen Negeri Sembilan pada hari ini dengan penyelesaian sebanyak RM9,800.00.

BSK selaku agensi yang bertanggungjawab menguatkuasa dan melaksana perintah nafkah dan mut’ah, sentiasa komited dalam membantu para ibu tunggal dan anak-anak yang diabaikan nafkah untuk mendapatkan kembali hak yang dinafikan.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in June 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024
June 3, 2024 June 4, 2024 June 5, 2024 June 6, 2024 June 7, 2024 June 8, 2024 June 9, 2024
June 10, 2024 June 11, 2024 June 12, 2024 June 13, 2024 June 14, 2024 June 15, 2024 June 16, 2024
June 17, 2024 June 18, 2024 June 19, 2024 June 20, 2024 June 21, 2024 June 22, 2024 June 23, 2024
June 24, 2024 June 25, 2024 June 26, 2024 June 27, 2024 June 28, 2024 June 29, 2024 June 30, 2024