LAWATAN KE MAHKAMAH SYARIAH DAERAH RANAU

3 September 2021: YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah berkesempatan mengadakan lawatan ke Mahkamah Syariah Daerah Ranau, Sabah.

Lawatan tersebut bertujuan melihat sendiri pengoperasian Mahkamah Syariah Ranau yang merupakan mahkamah daerah yang ke-12 di Negeri Sabah.

Kehadiran YAA Dato’ Setia Dr. telah disambut oleh Tuan Hakim Khairul Syarazeq Bin Razali, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Ranau dan beliau juga sempat memberi sedikit taklimat ringkas kepada YAA Dato’ Setia Dr. tentang struktur mahkamah tersebut.

YAA Dato’ Setia Dr. sempat menyampaikan pesanan agar semua pegawai dan kakitangan menjalankan amanah sebaiknya untuk memberikan imej yang terbaik pada Mahkamah Syariah Negeri Sabah serta sentiasa bekerja dalam berkumpulan dalam usaha mencari jalan untuk selesaikan tugasan seharian.

Beliau turut berpesan agar setiap pegawai dan kakitangan dapat memainkan peranan masing-masing dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik khususnya kepada masyarakat di daerah Ranau ini.

Seterusnya YAA Dato Setia telah dibawa melawat ke seluruh bangunan yang mulai beroperasi pada tahun 2019 dengan kekuatan pegawai dan kakitangan seramai 7 orang.

Diharapkan agar lawatan YAA Dato’ Setia Dr. dapat membakar semangat para kakitangan untuk terus berkhidmat dengan cemerlang demi menaikkan imej sistem perundangan syariah di Sabah.

Last Updated on December 22, 2021

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024 July 10, 2024 July 11, 2024 July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024 July 16, 2024 July 17, 2024 July 18, 2024 July 19, 2024 July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024 July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024 July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024 July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024