LAWATAN KERJA JKSM KE PUSTAKA NEGERI SARAWAK DAN PERBINCANGAN PELUPUSAN REKOD BAGI JKSN SARAWAK

12 Januari 2022 | Seksyen Rekod, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini telah mengadakan perbincangan berkaitan dengan Pelupusan Rekod Urusan Fungsian bersama pihak Pustaka Negeri Sarawak di Pusat Repositori Arkib Negeri Sarawak.

Perbincangan diadakan bagi mendapatkan input berkaitan dengan proses pelupusan rekod fizikal dan elektronik yang dilaksanakan di Negeri Sarawak.

Perbincangan disertai oleh Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah BPKR, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK), KPP Seksyen Rekod, KPP BTMK dan wakil Unit Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak.

Perbincangan ini telah berlangsung dengan dengan jayanya dan menghasilkan keputusan yang positif. Di antara butiran persetujuan adalah pihak Pustaka Sarawak bersetuju untuk memanjangkan Jadual Pelupusan Rekod (JPR) JKSM kepada jawatankuasa setelah menerima permohonan rasmi daripada JKSM bagi kegunaan JKSN Sarawak.

Pihak Pustaka Negeri Sarawak juga akan mempertimbangkan berkaitan pelupusan rekod elektronik setelah mengetahui tatacara pelaksanaan di negeri Terengganu yang dibuat secara bersama dengan Arkib Negara Malaysia. Perbincangan dua hala yang positif ini, memberi input yang sgt berguna kepada delegasi JKSM melalui siri lawatan pada kali ini selain mengeratkan hubungan silaturrahim.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in May 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 1, 2023 May 2, 2023 May 3, 2023 May 4, 2023 May 5, 2023 May 6, 2023 May 7, 2023
May 8, 2023 May 9, 2023(2 events) May 10, 2023 May 11, 2023 May 12, 2023 May 13, 2023 May 14, 2023
May 15, 2023 May 16, 2023(1 event) May 17, 2023(1 event) May 18, 2023 May 19, 2023 May 20, 2023 May 21, 2023
May 22, 2023(1 event) May 23, 2023(1 event) May 24, 2023 May 25, 2023(1 event) May 26, 2023(1 event) May 27, 2023 May 28, 2023
May 29, 2023 May 30, 2023 May 31, 2023 June 1, 2023 June 2, 2023(1 event) June 3, 2023 June 4, 2023