03 Oktober 2022: YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pagi ini telah mengadakan lawatan mengejut ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang, Selangor.
Lawatan ini khusus bagi melihat sendiri tatacara penggunaan Sistem E-Syariah Versi 3 yang mula digunakan bagi menggantikan Sistem E-Syariah Versi 2 pada 30 September 2022 yang lalu.
YAA Dato’ Setia Dr. meminta para petugas merekodkan segala isu-isu teknikal yang ada diajukan kepada pasukan projek untuk tujuan pembaikan supaya dapat diselesaikan dengan kadar segera.
Setakat jam 11 pagi tadi, sebanyak 62 kes baru telah berjaya didaftarkan di seluruh Mahkamah Negeri Selangor dan pendaftaran dijangka meningkat menjelang tengahari.
Last Updated on October 7, 2022