MAJLIS PENUTUPAN KONVENSYEN SEMPENA IJTIMAK PERDANA AGENSI AGAMA SELURUH MALAYSIA (IJPAM) 2023

KOTA KINABALU| YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Majlis Penutupan Konvensyen Sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM SABAH 2023) anjuran JAKIM, Agensi Agama Islam Sabah dan Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) dengan tema “Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam dalam Era Malaysia Madani” bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu, Sabah.

.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan ucapan alu-aluan oleh YAB Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji bin Hj. Noor. Manakala Majlis perasmian penutupan konvensyen ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

.

Semoga konvensyen seumpama ini dapat membumi dan meningkatkan, sekali gus menjelmakan pengurusan hal ehwal agama Islam di seluruh Negara supaya selaras dengan konsep Malaysia Madani.

Last Updated on October 6, 2023

Kalendar JKSM

Week of May 13th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 13, 2024 May 14, 2024 May 15, 2024 May 16, 2024 May 17, 2024 May 18, 2024 May 19, 2024