MAJLIS PERASMIAN JURNAL SYARIAH PERAK (AL-QANUN) VOL. 1

29 Ogos 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Majlis Perasmian Jurnal Syariah Perak (Al-Qanun) Vol. 1 bertempat di Casuarina Convention Centre, Hotel Casuarina, Ipoh, Perak.

Majlis ini telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah.

Baginda bertitah dalam sistem keadilan, hakim merupakan watak penting dan mempunyai peranan besar serta menjadi simbol dalam memastikan kredibiliti dan kewibawaan institusi kehakiman.

Justeru, sistem penghakiman yang telus perlu diterapkan bagi menggambarkan proses keadilan yang berwibawa dan tidak dibayangi dengan perasaan gusar dan gentar pada sesiapa.

Baginda juga bertitah agar setiap hakim itu perlu bebas daripada sebarang pengaruh mahupun tekanan.

Last Updated on August 29, 2022

Kalendar JKSM

Week of Apr 8th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024