MAJLIS SIGN OFF PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) 2021-2025 DAN MAJLIS MENANDATANGANI PIAGAM PERUNDINGAN E-SYARIAH VERSI 3

16 Februari 2022 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini telah mengadakan Majlis Sign Off Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021-2025 dan Majlis Menandatangani Piagam Perundingan E-Syariah Versi 3 bersama Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Majlis yang berlangsung di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya dimulakan dengan ucapan aluan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang mengalu-alukan kehadiran para jemputan pada hari ini terutama Tuan Azih Bin Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU mewakili Ketua Pengarah MAMPU.

Menurut YAA Dato’ Setia Dr., majlis hari ini adalah bagi meraikan kejayaan melengkapkan Pelan Strategik Pendigitalan 2021–2025 JKSM (PSP JKSM) yang telah disekalikan dengan pelan Enterprise Architecture atau EA.

Kedua-dua dokumen ini akan menjadi rujukan utama bagi perancangan pelaksanaan projek ICT selama lima tahun perancangan di JKSM amnya dan Mahkamah Syariah khususnya ke arah pendigitalan perkhidmatan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2021 sehingga 2025.

Untuk rekod, JKSM telah memulakan semula Projek Transformasi E-Syariah Versi 3 pada September 2021 dalam memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan di mahkamah-mahkamah syariah seluruh negara sentiasa bersedia dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mahkamah yang mana pihak MAMPU telah terlibat secara langsung dalam memberikan khidmat khususnya berkaitan pengurusan dan pelaksanaan projek.

Dalam majlis hari ini, JKSM turut melancarkan Laman Web Rasmi JKSM yang baharu sesuai dengan kriteria yang telah ditetapkan oleh Sistem Pemantauan Laman Web dan Servis Kerajaan (SPLaSK) selain pelancaran Sistem KOHA iaitu sistem pengurusan perpustakaan yang berasaskan sumber terbuka.

Di akhir ucapan, YAA Dato’ Setia Dr. sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pasukan kerja MAMPU yang telah banyak membantu JKSM dalam memastikan pelaksanaan program/aktiviti terutama dalam bidang ICT.

Last Updated on March 2, 2022

Kalendar JKSM

Events in January 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 1, 2024 January 2, 2024 January 3, 2024 January 4, 2024(1 event) January 5, 2024 January 6, 2024 January 7, 2024
January 8, 2024 January 9, 2024(2 events) January 10, 2024(2 events) January 11, 2024 January 12, 2024(1 event) January 13, 2024 January 14, 2024
January 15, 2024 January 16, 2024(2 events) January 17, 2024(2 events) January 18, 2024(1 event) January 19, 2024 January 20, 2024 January 21, 2024
January 22, 2024(1 event) January 23, 2024(1 event) January 24, 2024 January 25, 2024 January 26, 2024 January 27, 2024 January 28, 2024
January 29, 2024(1 event) January 30, 2024 January 31, 2024 February 1, 2024 February 2, 2024 February 3, 2024 February 4, 2024