MESYUARAT KAJIAN KEBERKESANAN SULH BIL.1 TAHUN 2021

16 Julai 2021: Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran, Keurusetian dan Rekod (BPKR) JKSM telah mengadakan Mesyuarat Kajian Keberkesanan Sulh dengan kerjasama Bahagian Dasar dan Penyelidikan (BDP) Bil. 1/2021 secara atas talian menggunakan aplikasi Webex.

Mesyuarat ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YA Datuk Jasri @ Nasip bin Mat Jakir selaku penasihat Seksyen Sulh. Dalam ucapan aluan tersebut YA Datuk mengingatkan kepada semua agar sentiasa bersifat ihsan dan ikhlas dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan serta memberi komitmen yang tinggi untuk melaksana semua amanah yang telah diberikan lebih-lebih lagi kita sekarang diarahkan untuk bekerja dari rumah (BDR) kerana masih berada dalam tempoh perintah kawalan pergerakan.

YA Datuk juga mengharapkan kerjasama seperti ini dilakukan secara berterusan agar memberi manfaat kearah memartabatkan sistem kehakiman dan perundangan Syariah di Malaysia.

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan cadangan kajian Keberkesanan Majlis Sulh di Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia oleh YBhg. Datin Siti Maszuriyati binti Aziz, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Sulh, BPKR. Ahli mesyuarat seterusnya bersetuju agar kajian ini diteruskan dengan kerjasama JKSM dengan IPTA yang akan ditentukan kemudian.

Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah Pengarah Kanan(Pengurusan), Pengarah BPKR, Pengarah BDP dan pegawai-pegawai dari Bahagian Dasar dan Penyelidikan.

Last Updated on December 22, 2021

Kalendar JKSM

Events in July 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 27, 2022(2 events) June 28, 2022(1 event) June 29, 2022 June 30, 2022 July 1, 2022(2 events) July 2, 2022 July 3, 2022
July 4, 2022(1 event) July 5, 2022 July 6, 2022 July 7, 2022 July 8, 2022 July 9, 2022 July 10, 2022
July 11, 2022 July 12, 2022 July 13, 2022 July 14, 2022 July 15, 2022(1 event) July 16, 2022 July 17, 2022
July 18, 2022(1 event) July 19, 2022 July 20, 2022 July 21, 2022 July 22, 2022 July 23, 2022 July 24, 2022
July 25, 2022 July 26, 2022 July 27, 2022(1 event) July 28, 2022(1 event) July 29, 2022(2 events) July 30, 2022 July 31, 2022