1 April | Kota Bharu: Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dengan kerjasama Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menganjurkan Multaqa Pakar Turath Siri 2 bagi tahun 2022 pada 29-31 Mac 2022 yang lalu di Kompleks Pentadbiran Yauasan Islam Kelantan, Kota Bharu Kelantan.
Multaqa Siri 2 pada kali ini memilih untuk diadakan secara fizikal dengan kehadiran para peserta yang terpilih dalam kalangan Pegawai Syariah seluruh Malaysia setelah penganjuran multaqa siri 1 diadakan secara hibrid pada bulan Februari 2022 yang lalu.
Tenaga pengajar dan pembimbing multaqa ini adalah dari Yayasan Islam Kelantan antaranya al-Fadhil Tuan Guru Sheikh Wazir bin Che Awang, al-Fadhil Ustaz Abdul Razak bin Burhanuddin dan al-Fadhil Ustaz Ahmad Fuad bin Amran.
Objektif penganjuran multaqa ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman para peserta berkenaan nas-nas fekah mazhab Imam al-Syafie dan para fuqaha mazhab dalam menentukan sesuatu hukum berdasarkan isu-isu yang berlaku.
Di samping itu juga, ia bertujuan melahirkan pelapis dan rakan rujuk nas syarak dalam isu al-Ahwal al-Syakhsiyah menerusi disiplin ilmu kitab-kitab turath dalam kalangan Pegawai Syariah.
Bahagian Latihan JKSM mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, Pengarah YIK, YAA Ketua Hakim Syarie JKSN/MSN dan Ketua-ketua agensi Pusat dan Negeri seperti Jabatan Peguam Negara, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri, Jabatan Pendakwaan Syarie Wilayah Persekutuan dan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) atas sokongan dan dokongan kepada peserta-peserta Pegawai Syariah yang terpilih dari jabatan masing-masing bagi menjayakan penganjuran multaqa pada tahun 2022 ini.
Disediakan Oleh:
Penyelaras
Multaqa Pakar Turath, JKSM-YIK.
![](http://www.jksm.gov.my/wp-content/uploads/2022/04/DF0662C5-5E8D-4528-819D-32F1A96497D3-1024x761.jpeg)
![](http://www.jksm.gov.my/wp-content/uploads/2022/04/C63EDE05-337C-402F-B48B-7D11F04C1180-1024x758.jpeg)
![](http://www.jksm.gov.my/wp-content/uploads/2022/04/888E538F-0589-4FC3-A1A0-02EAE926D0E0-1024x472.jpeg)
Last Updated on April 1, 2022