PELANCARAN PROGRAM ‘BICARA FAIL SYARIAH’

10 Januari 2022 | Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Haji Idris bin Hj. Ahmad pagi ini telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program “Bicara Fail Syariah” yang disiarkan secara langsung menerusi Slot Assalamuaalaikum di Tv al-Hijrah.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar (Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM) yang sebelum itu berkesempatan berkongsi secara mendalam tentang program tersebut yang bakal menemui penonton malam ini.

Program “Bicara Fail Syariah” merupakan sebuah program hasil kolaborasi antara JKSM dan TV al-Hijrah bertujuan berkongsi ilmu berkaitan perundangan syariah selain membincangkan kes-kes yang telah diselesaikan (sebagai case study) serta isu-isu yang sedang hangat diperkatakan diluar sana.

Program sebanyak 13 siri ini akan bersiaran setiap hari Isnin jam 9.30 malam dengan menampilkan barisan panel jemputan yang terdiri Pegawai Syariah Kanan di Malaysia.

Turut hadir di dalam majlis pagi ini adalah YA. Dato’ Mohd Amran bin Mat Zain (Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM), YAA Dato’ Abas bin Nordin (Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan) dan Tuan Namanzee Harris (CEO Tv al-Hijrah).

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in June 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024
June 3, 2024 June 4, 2024 June 5, 2024 June 6, 2024 June 7, 2024 June 8, 2024 June 9, 2024
June 10, 2024 June 11, 2024 June 12, 2024 June 13, 2024 June 14, 2024 June 15, 2024 June 16, 2024
June 17, 2024 June 18, 2024 June 19, 2024 June 20, 2024 June 21, 2024 June 22, 2024 June 23, 2024
June 24, 2024 June 25, 2024 June 26, 2024 June 27, 2024 June 28, 2024 June 29, 2024 June 30, 2024