PERASMIAN KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH

KOTA KINABALU| Tanggal 6 September 2023 merupakan detik bersejarah bagi warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menyempurnakan perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah di Kota Kinabalu sempena lawatan Seri Paduka Baginda ke Sabah dalam program jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’ bermula 3 September lalu.

Turut hadir ke majlis ini adalah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Mahiruddin, Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Menteri Hal Ehwal Agama, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, YAA Dato’ Haji Mohd. Amran Haji Mat Zain serta dif-dif kehormat yang lain.

Dalam majlis tersebut Seri Paduka Baginda bertitah agar Hakim Syarie dapat melaksanakan amanah dalam menyelesaikan permasalahan umat Islam di Sabah dengan adil dan cepat.

Seusai menyempurnakan perasmian kompleks tersebut, Seri Paduka Baginda berkenan mencemar duli melawat dewan Mahkamah Rayuan serta mendengar taklimat ringkas berkaitan JKSNS yang disampaikan oleh Yang Arif Tuan Ahadin Arinen, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Seri Paduka Baginda turut beramah mesra bersama warga JKSNS ketika sesi fotografi berlangsung.

Untuk rekod, seramai 100 ahli jawatankuasa terdiri daripada kakitangan JKSNS telah bertungkus lumus membuat persediaan bagi menjayakan majlis ini yang turut melibatkan kakitangan daripada agensi lainnya seperti PDRM, RELA dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Syabas dan tahniah diucapkan!

Last Updated on September 27, 2023

Kalendar JKSM

Events in May 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 28, 2025 April 29, 2025 April 30, 2025 May 1, 2025 May 2, 2025 May 3, 2025 May 4, 2025
May 5, 2025 May 6, 2025 May 7, 2025 May 8, 2025 May 9, 2025 May 10, 2025 May 11, 2025
May 12, 2025 May 13, 2025 May 14, 2025 May 15, 2025 May 16, 2025 May 17, 2025 May 18, 2025
May 19, 2025 May 20, 2025 May 21, 2025 May 22, 2025 May 23, 2025 May 24, 2025 May 25, 2025
May 26, 2025 May 27, 2025 May 28, 2025 May 29, 2025 May 30, 2025 May 31, 2025 June 1, 2025