LAWATAN RASMI KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM BERSAMA DELEGASI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) KE MESIR

KAHERAH | YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merupakan salah seorang delegasi lawatan bersama YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke Mesir bermula 1 hingga 5 September 2023 baru-baru ini.

Pelbagai sesi perjumpaan dan perbincangan telah diadakan sepanjang lawatan kerja tersebut sepertimana berikut:

📌 2 September (Sabtu)

a) YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim JKSM bersama para delegasi mengadakan pertemuan Pre-Council dan mendengar taklimat berkaitan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Mesir daripada TYT Duta Besar Malaysia ke Kaherah, Mesir, Tuan Hj. Zamani bin Ismail.

b) YAA Dato’ menyertai kunjungan hormat delegasi ke atas YBrs Prof. Dr. Nazir Muhamad ‘Ayyad selaku Setiausaha Agung Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah, Mesir dalam mengemukakan hasrat memperbaharui mu’adalah al-Azhar al-Syarief kepada Darul Quran JAKIM bagi meneruskan para pelajar menyambung pengajian Ijazah di Ma’ahad Tahfiz wa al-Qiraat, Shoubra, Mesir.

c) YAA Dato’ telah diundang untuk menghadiri Majlis Perjumpaan bersama Mufti Besar Mesir Prof. Dr. Shawqi Ibrahim ‘Allam dan Majlis Apresiasi Kursus Pengurusan Fatwa di Mesir anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP).

📌 3 September (Ahad)

a) YAA Dato’ bersama para delegasi mengadakan kunjung hormat ke atas Musa’id (KSU) Menteri Keadilan Mesir (National Centre for Judicial Studies) yang juga merupakan Mudir Pusat Pengajian Kehakiman Mesir.

Secara dasarnya, pihak NCJS telah memberi komitmen danbersetuju untuk menawarkan kerjasama Kursus Kehakiman kepada Pegawai Syariah di JKSM pada masa akan datang.

b) Kemudian, YAA Dato’ telah menyertai kunjungan hormat delegasi ke atas Menteri Agama Mesir YB Prof. Dr. Mohamed Mokhtar Goma’a di pejabat beliau.

c) YAA Dato’ turut diundang untuk menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama wakil pelajar-pelajar Malaysia di Mesir seramai 1000 orang yang hadir dari pelbagai negeri dan pelbagai latar belakang pengajian.

📌 4 September (Isnin)

a) YAA Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain bersama para delegasi mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Sheikh al-Azhar al-Syarif yang diketuai oleh Fadhilah al-Sheikh Dr. Muhammad Abdul Rahman Al-Dhuwaini, Timbalan Sheikh al-Azhar.

b) YAA Dato’ mengunjungi Pusat al-Azhar Sedunia bagi Memerangi Keganasan dan Kefatwaan Elektronik.

Semoga hasil interaksi dan perbincangan tersebut memberi manfaat seoptimumnya kepada keseluruhan pegawai syariah dan seterusnya menyemarakkan lagi usaha pemerkasaan institusi kehakiman syariah di Malaysia.

Last Updated on September 7, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024