KURSUS HIBAH, AMANAH, WASIAT DAN PROBET (HARTANAH)

GENTING HIGHLANDS| Usaha strategik dan berterusan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam menyediakan latihan berimpak tinggi bagi pembangunan kompetensi Pegawai-Pegawai Syariah seluruh Malaysia wajar dipuji.

Kali ini, bertempat di Awana Resorts World, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur, Bahagian Latihan, JKSM menganjurkan Kursus Hibah, Amanah, Wasiat dan Probet (Hartanah) dengan pihak penganjur menggariskan empat objektif yang ingin dicapai iaitu meningkatkan kefahaman dan kemahiran kepada peserta mengenai hal perkara berkaitan dengan Hibah, Amanah, Wasiat dan Probet; mendedahkan kepada para peserta tentang konsep dan pelaksanaan Hibah Amanah Tunai, Hibah Hartanah Dalam Cagaran, dan Wasiyyah Wajibah daripada perspektif Syarak, perundangan dan administratif; mendedahkan kepada para peserta mengenai praktik penyediaan dokumentasi Hibah, Amanah, Wasiat secara profesional; dan menyediakan ruang percambahan ilmu dan idea dalam aspek perundangan Hibah, Amanah, Wasiat dan Probet (Hartanah).

.

Progam yang bermula pada 12 September 2023 dan berakhir hari ini menyasarkan para peserta yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Penolong Penasihat Undang-Undang (Syariah) Negeri-Negeri, serta pegawai-pegawai daripada Bahagian Dasar dan Penyelidikan JKSM.

.

Hadir merasmikan kursus ini, YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ketika berucap menekankan kepentingan penguasaan bidang ilmu yang berkaitan dengan skop tugas dan peranan pegawai-pegawai.

Atas hubungannya dengan penganjuran kursus yang disertai oleh kumpulan sasaran terpilih ini, hal perkara berkaitan hibah dan isu-isu yang berbangkit di dalam prosiding kes sebagai contoh, penguasaan ilmu sepenuhnya haruslah dipastikan menyeluruh.

.

Mengambil kesempatan dalam ucapannya, YAA Dato’ sempat menyentuh perihal kepentingan menjaga amanah kerana perlanggaran terhadapnya boleh mendatangkan kemudharatan kepada pihak lain.

Dalam aspek pelaksanaan tugasan seharian, beliau menyeru supaya pegawai-pegawai hendaklah bersifat tekun dan menitikberatkan kesempurnaan hasil kerja selari dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Beliau turut mendoakan agar para pegawai tergolong dalam kalangan mereka yang amanah, berusaha kuat, dan menjunjung nilai-nilai integriti.

Cuplikan ayat al-Quran yang dipetik daripada Surah al-Qassas ayat 26 yang bermaksud, “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang diambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.”

.

Program yang telah diklasifikasikan sebagai berimpak tinggi ini menampilkan penceramah pakar daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sendiri iaitu YA Dato’ Haji Mohamad Shakir bin Haji Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah,

YA Tuan Haji Salehan bin Yatim, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor, YBrs. Tuan Jaiya bin Abu yang merupakan Pengarah Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, dan YBrs. Tuan Ahmad Termizie bin Abdullah, Peguam Bela dan Peguam Cara (Malaya) / Peguam Syarie.

.

Kursus pada kali ini berakhir dengan pembentangan Resolusi Kursus daripada YBrs. Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan, JKSM dan untuk rekod, sebanyak sembilan (9) resolusi telah diambil dan dipersetujui untuk kajian susulan.

Last Updated on September 12, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024