PROGRAM KOMUNITI BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) DAN SULH

PORT DICKSON ,9 JUN 2023– Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) dan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mendapat jemputan dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan(JKSNS) untuk menjadi panel forum dan Pempamer sempena

Program Komuniti Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dan Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS).

Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan dan panel forum pada kali ini adalah Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz Pengarah Bahagian, Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) dan Tuan Yusof bin Sulaiman Ketua penolong Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).

Untuk rekod, program pada hari ini turut menyaksikan majlis Perasmian Penubuhan “Skuad Komuniti” BSK dan Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS).

Program Komuniti BSK dan Sulh ini telah diadakan di Masjid Kariah Kampung Paya, Port Dickson dan dihadiri oleh komuniti setempat. Program ini merupakan salah satu usaha JKSNS untuk menyebar luas maklumat mengenai perundangan syariah sekaligus melalui program ini akan dapat melahirkan masyarakat yang celik Undang-Undang Syariah.

Last Updated on June 9, 2023

Kalendar JKSM

Events in May 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Pahang
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Pahang
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Putrajaya
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak