RAKAMAN TAKBIR RAYA BERSAMA KUMPULAN MALAYSIAN NATIONAL REINSURANCE BERHAD (MNRB)

9 April 2022 | YAA Dato’ Setia Dr Hj Mohd Na’im Bin Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pagi ini telah dijemput untuk bersama-sama di dalam rakaman takbir raya bersama Kumpulan Malaysian National Reinsurance Berhad (MNRB).

Sesi rakaman yang bermula jam 10.30 pagi ini diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini dan diketuai oleh Ustaz Wan Jemizan, Ketua Bahagian Shariah Takaful Ikhlas.

Turut sama hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Shariah Kumpulan MNRB, Professor Madya Dr. Said Bouheraoua, Encik Zaharudin Daud (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB), Encik Muhammad Fikri Mohamad Rawi (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Takaful Ikhlas Family Bhd) dan Dato’ Rudy Rodzila Che Lamin (Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Takaful Ikhlas General).

Untuk rekod, YAA Dato’ Setia Dr. adalah merupakan Ahli Jawatankuasa Shariah Kumpulan MNRB sejak tahun 2020 hingga kini.

Berita | Foto: Pej. KP/KHS JKSM

Last Updated on April 9, 2022

Kalendar JKSM

Oktober 6, 2022