RETREAT KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH JKSM, MSWP & JAPENS 2020

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri hari ini telah berkesempatan merasmikan Retreat Kehakiman dan Perundangan Syariah JKSM, MSWP & JAPENS WP bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5 JKSM.

Retreat yang berlangsung selama dua hari bermula 16 hingga 17 Julai 2020 ini telah menghimpunkan pegawai-pegawai dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS WP) bertujuan memerah idea dan buah fikiran untuk mewujudkan cadangan yang mensasarkan penambahbaikan dalam dan luaran setiap agensi.

Setiap program yang bakal dilaksanakan nanti dirangka khusus mengikut halatuju agensi kehakiman dan perundangan agar sentiasa relevan dengan keadaan semasa serta memberikan impak yang besar kepada masyarakat.

YB Menteri dalam ucapan perasmian menyeru agar seluruh warga bekerja dengan bersungguh-sungguh di samping sentiasa proaktif dalam menyelesaikan masalah masyarakat selain memperkukuh sistem Majlis Sulh yang dilaksanakan di mahkamah syariah.

Beliau turut menyarankan agar pihak mahkamah sentiasa peka dan prihatin dengan pelanggan yang berurusan termasuk melaksanakan tindakan susulan terhadap kes-kes pelanggan yang telah selesai di peringkat perbicaraan.

Di akhir ucapan, YB Menteri mengharapkan agar setiap warga agensi memperkukuh kerjasama antara satu sama lain dan sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran masing-masing.

Turut hadir di dalam masjlis perasmian tersebut adalah YBrs. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Setiausaha Politik YB Menteri dan Hakim- Hakim Rayuan Syariah JKSM.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024 April 2, 2024 April 3, 2024 April 4, 2024 April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024 April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024 April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024