SESI PERBINCANGAN BERSAMA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)

6 Julai 2021 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM petang ini berkesempatan untuk turut serta di dalam sesi perbincangan bersama Pengarah Rawatan, Perubatan dan Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan, Puan Siti Mariam binti Mursidan secara dalam talian.

Mesyuarat yang turut dihadiri oleh Ketua Pendaftar JKSM, Tuan Hj. Nassir bin Abdul Aziz ini diadakan bertujuan membincangkan isu-isu berbangkit melibatkan pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) AADK untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah syariah.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapan aluan menzahirkan hasrat agar perbincangan ini akan menghasilkan impak yang positif bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit bagi memberikan keadilan kepada semua pihak.

Antara isu yang sering berbangkit adalah berkaitan masalah logistik sekiranya terdapat kes permohonan perceraian melibatkan salah satu pihak dalam tahanan PUSPEN serta isu berkaitan kelewatan pemfailan notis rayuan.

Justeru, satu kaedah yang sesuai perlu difikirkan bagi memudahkan semua pihak yang terlibat dalam kes di mahkamah termasuk cadangan perbicaraan secara dalam talian jika melibatkan tahanan PUSPEN

Seterusnya, pihak JKSM akan meneliti setiap input yang diperoleh dalam sesi perbincangan ini sebelum dikemukakan ke dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia dan Persidangan Ketua-Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia bagi tujuan penyeragaman dan penyelarasan.

Turut hadir di dalam sesi perbincangan tersebut adalah Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, (Pengarah BPKR JKSM) dan wakil AADK iaitu Tuan Rujhan B Ramli, Dr Nazira Bte Sadiron, dan Ustazah Zaharah Bte Abas.

Last Updated on December 22, 2021

Kalendar JKSM

Events in October 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
September 26, 2022 September 27, 2022(2 events) September 28, 2022 September 29, 2022 September 30, 2022(1 event) October 1, 2022 October 2, 2022
October 3, 2022 October 4, 2022 October 5, 2022(1 event) October 6, 2022(2 events) October 7, 2022 October 8, 2022 October 9, 2022
October 10, 2022 October 11, 2022 October 12, 2022 October 13, 2022(1 event) October 14, 2022 October 15, 2022 October 16, 2022
October 17, 2022 October 18, 2022 October 19, 2022 October 20, 2022(1 event) October 21, 2022 October 22, 2022 October 23, 2022
October 24, 2022 October 25, 2022 October 26, 2022 October 27, 2022 October 28, 2022 October 29, 2022 October 30, 2022
October 31, 2022 November 1, 2022(1 event) November 2, 2022 November 3, 2022 November 4, 2022(1 event) November 5, 2022 November 6, 2022