SESI PERJUMPAAN BERSAMA YAA DATO’ SETIA DR. HJ MOHD NA’IM BIN HJ MOKHTAR, KETUA PENGARAH/ KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA BERSAMA PEGAWAI BAHARU JKSM

07 April 2022- YAA Dato Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah berkesempatan beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan baharu JKSM sempena Sesi Perjumpaan YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie bersama Pegawai baharu.

Dalam sesi perjumpaan tersebut, YAA Dato’ Setia Dr. turut memberikan amanat dan nasihat berkenaan peri pentingnya semua pegawai dan kakitangan untuk memberi komitmen yang tinggi kepada Jabatan namun dalam masa yang sama mementingkan hubungan kekeluargaan masing-masing.

YAA Dato’ Setia Dr. juga menekankan agar semua pegawai dan kakitangan baharu menganggap JKSM sebagai keluarga dan hendaklah berlapang dada dalam menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada diri masing-masing.

Dalam masa yang sama rasa bangga terhadap Jabatan perlu diterapkan dalam jiwa dan semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing sebaik mungkin dalam bersama-sama membantu menaikkan imej Jabatan di mata masyarakat.

Semua pegawai dan kakitangan juga turut memperkenalkan diri masing-masing dalam sesi perjumpaan tersebut.

Last Updated on April 7, 2022

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024 July 10, 2024 July 11, 2024 July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024 July 16, 2024 July 17, 2024 July 18, 2024 July 19, 2024 July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024 July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024 July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024 July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024