TAKLIMAT PEMAKAIAN KAEDAH MAHKAMAH RAYUAN 1994 SEMPENA MESYUARAT/BENGKEL PEMBINAAN KAEDAH-KAEDAH RAYUAN MAHKAMAH SYARIAH BIL.1/2022

14 April 2022 | Seksyen Rayuan BPKR JKSM hari ini telah menganjurkan satu sesi taklimat berkaitan Pemakaian Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 yang dijalankan secara hybrid melalui kehadiran secara fizikal dan secara dalam talian melalui aplikasi webex.

Sesi taklimat ini diadakan sempena penganjuran Bengkel Pembinaan Kaedah-Kaedah Rayuan Mahkamah Syariah Bil. 1 2022 bertujuan memberi kefahaman kepada Ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik berkaitan pemakaian Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 di mahkamah sivil.

Taklimat yang bermula jam 9.00 pagi ini disampaikan oleh Timbalan Pendaftar dari Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan dan Ketua Unit Penyelidikan, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Untuk rekod, JKSM telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pembinaan Kaedah Kaedah Rayuan Mahkamah Syariah yang dianggotai di peringkat awal oleh 30 Pegawai Syariah dari JKSM/JKSN/MSN, Jabatan Peguam Negara (AGC), Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Jabatan Pendakwaan Syariah.

Sesi bergambar bersama YAA Dato’Setia Dr Hj Mohd Na’im bin Hj Mokhtar Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM bersama dengan ahli Jawatankuasa Kaedah Rayuan Syariah telah diadakan di hadapan JKSM sebagai kenangan bagi Jawatan kuasa yang pertama kali dibentuk bagi penyelarasan di JKSN dan MSN yang tertakluk kepada persetujuan di peringkat negeri.

Turut hadir di dalam sesi taklimat hari ini adalah Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Ketua Pendaftar JKSM, Ketua-Ketua Pendaftar Negeri-negeri.

Last Updated on April 14, 2022

Kalendar JKSM

Events in June 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024
June 3, 2024 June 4, 2024 June 5, 2024 June 6, 2024 June 7, 2024 June 8, 2024 June 9, 2024
June 10, 2024 June 11, 2024 June 12, 2024 June 13, 2024 June 14, 2024 June 15, 2024 June 16, 2024
June 17, 2024 June 18, 2024 June 19, 2024 June 20, 2024 June 21, 2024 June 22, 2024 June 23, 2024
June 24, 2024 June 25, 2024 June 26, 2024 June 27, 2024 June 28, 2024 June 29, 2024 June 30, 2024