TAKLIMAT PEMERKASAAN MAHKAMAH SYARIAH PASCA KES NIK ELIN ZURINA

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 | Bahagian Latihan (BL) dengan kerjasama Bahagian Dasar dan Penyelidikan (BDP), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Taklimat Pemerkasaan Mahkamah Syariah Pasca Kes Nik Elin Zurina pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JKSM. Program Taklimat ini turut dihadiri oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, JKSM, YA Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Pengarah-pengarah Bahagian, Ketua-ketua Unit dan wakil-wakil Bahagian.

YAA Dato’ dalam ucapan aluannya telah menjelaskan objektif program ini diadakan, antaranya sebagai suatu wacana untuk memberikan pemahaman yang jelas serta terperinci daripada pihak yang berautoriti dan berkepakaran mengenai implikasi dan kesan daripada pasca kes Nik Elin Zurina terbabit. Di samping itu, kesinambungan hasil daripada program taklimat ini diharapkan dapat membantu JKSM untuk mengatur strategi yang mampan dan seterusnya menggerakkan usaha-usaha penyelarasan yang signifikan, bersesuaian dengan kedudukan JKSM selaku agensi yang terlibat secara langsung dalam aspirasi pemerkasaan dan penyelarasan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

Sesi taklimat dan perkongsian ini telah dikendalikan oleh dua orang penceramah jemputan yang berkaliber iaitu yang pertama YBrs. Tuan Shamsul bin Bolhassan, Timbalan Ketua Bahagian Guaman 1, Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara dan yang kedua, YBrs. Tuan Abd.Razak bin Mat Nayan, Pengarah/ Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan. Pembentangan ini telah mengupas kesan kepada Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah dan kedudukan Akta/Enakmen Jenayah Syariah, pasca kes Nik Elin Zurina terbabit.

Besar harapan JKSM melalui pelaksanaan taklimat seperti ini agar dapat memberikan panduan dan perkongsian idea dan maklumat untuk memacu tanggungjawab besar yang diamanahkan ke arah memartabatkan perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

π‘©π’‚π’‰π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’ π‘³π’‚π’•π’Šπ’‰π’‚π’

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on March 1, 2024

Kalendar JKSM

Week of May 13th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 13, 2024 May 14, 2024 May 15, 2024 May 16, 2024 May 17, 2024 May 18, 2024 May 19, 2024