WACANA PEMIKIR SULH NEGARA: KE ARAH INSTITUSI KEADILAN SYARIAH MADANI

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai Negeri Sembilan, 28 Februari 2023–

Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Wacana Pemikir Sulh Kebangsaan dan Mesyuarat Pemikir Sulh bilangan 1/2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Program ini diserikan dengan ucapan aluan dari YBrs.Prof Madya Dr.Nik Salida Suhaila Nik Salleh Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM dan ucapan balas oleh YA Dato’ Mohd Amran Bin Mat Zain, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Untuk rekod Wacana Pemikir Sulh Negara ini, julung kali diadakan sejak Jawatankuasa Pemikir Sulh (think tank) ditubuhkan. Penubuhan Jawatankuasa Pemikir Sulh (think tank) di peringkat kebangsaan ini adalah antaranya untuk mengenalpasti permasalahan dalam melaksanakan penyelarasan dan pemantauan perkhidmatan pengurusan Sulh dengan cekap dan tersusun. Selain itu, kumpulan ini juga akan membantu JKSM dalam usaha memartabatkan Sulh dalam membantu penyelesaian pertikaian kes dan sekaligus membantu mengurangkan perbicaraan kes-kes di Mahkamah Syariah.

Sewaktu Wacana tersebut, sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan. Pembentang kertas kerja yang pertama iaitu YBrs. Dr. Hendun binti Abd Rahman Shah, Pensyarah Kanan/ Fellow Pelawat di JKSM yang bertajuk Modul Baharu Institusi Sulh ADR manakala kertas kerja yang kedua telah dibentangkan oleh Puan Nor Asniah binti Mohd Noh, Penolong Pengarah Kanan/ Kaunselor Berdaftar, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan tajuk “Pengurusan Runding Cara dan Kekeluargaan Islam dan Cabaran Yang Dihadapi”.

Sejurus selepas habis pembentangan kertas kerja dan sesi soal jawab, majlis diteruskan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pemikir Sulh Bil 1/2023. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YA Dato’ Mohd Amran Bin Mat Zain. Ahli mesyuarat terdiri dari ahli akademik yang pelbagai latar belakang bidang pengajian, pengamal undang-undang, Ketua-ketua Pendaftar mahkamah negeri yang mahir dan arif mengenai pentadbiran dan perundangan syariah di Malaysia serta pegawai-pegawai syariah yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sulh.

Pelbagai isu telah dibincangkan antaranya berkisar tentang kertas kerja yang telah dibentangkan sewaktu Wacana Pemikir Sulh Kebangsaan. Setelah selesai mesyuarat, ahli mesyuarat telah dibawa untuk melawat Klinik Guaman dan Falak Learning Space.Majlis tamat pada jam 6 petang.

Last Updated on February 28, 2023

Kalendar JKSM

Events in May 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024(2 events) May 3, 2024(1 event) May 4, 2024 May 5, 2024
May 6, 2024(2 events) May 7, 2024 May 8, 2024 May 9, 2024(1 event) May 10, 2024 May 11, 2024 May 12, 2024
May 13, 2024 May 14, 2024 May 15, 2024 May 16, 2024 May 17, 2024 May 18, 2024 May 19, 2024
May 20, 2024 May 21, 2024 May 22, 2024 May 23, 2024 May 24, 2024 May 25, 2024 May 26, 2024
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024