WEBINAR INTENSIF DAURAH MUKATHAFAH NUSUS FIQHIYYAH SYAFI’IYYAH (MUGHNI MUNTAJ) LIL IMAM KHATIB AL-SYARBINI SIRI 6 /2022

JUMAAT, 17 Jun 2022: Daurah Mukathafah Nusus Fiqhiyyah Syafi’iyyah (Mughni Muntaj) Lil Imam Khatib Al-Syarbini Siri 6/2022 anjuran Bahagian Latihan JKSM khas bersama YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Seluruh Malaysia diteruskan bersama Penceramah Al-Fadhil Tuan Shukeri Najib Ab. Rahim (Mahkamah Syariah Negeri Melaka), dan Tuan Nabil bin Dato’ Muhammad Shukri (Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan) yang merupakan antara tenaga Pakar Turath JKSM.

Daurah siri 6/2022 pada kali ini membahaskan sambungan tajuk berkaitan Hibah dan Pengurusan Harta dalam sistem kehakiman dan perundangan lslam, bab nafkah dan nafkah dengan lebih terperinci berkaitan peranan Hakim Syarie di sisi syarak sebagaimana perbahasan ulama-ulama fiqh muktabar dalam mazhab Syafié, amalan dari zaman Sahabat hingga permasalahan terkini dibincangkan dan disyarahkan oleh Penceramah bersama para Peserta yang kekal komitmen sejak Siri 1/2022 hingga siri 6/2022 hari ini dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari tadi.

Daurah ini akan diteruskan lagi sebagaimana perancangan JKSM sehingga ke Siri 10/2022 bagi menyediakan ilmu, kepakaran dan pemahaman yang kompeten berdasarkan kitab turath dan pelaksanaan perundangan semasa kepada semua Hakim Syarie seluruh Malaysia berhadapan dengan tugas dan tangungjawab di lapangan.

Last Updated on June 20, 2022

Kalendar JKSM

May 24, 2024