616,707 kes Mahkamah Syariah dalam tempoh lima tahun

MUHYIDDIN Yassin (duduk, tengah) merakam kenangan bersama sebahagian Hakim Mahkamah Syariah pada Majlis Perasmian Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara Tahun 2020 di Putrajaya hari ini. Turut kelihatan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (duduk, enam dari kiri) dan Mohd. Na’im Mokhtar (duduk, enam dari kanan). – FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA: Kes-kes di Mahkamah Syariah di negara ini menunjukkan peningkatan yang konsisten melebihi 100,000 kes bagi setiap lima tahun. 

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, bagi tahun 2014 hingga 2018 sahaja, kes-kes yang difailkan di Mahkamah Syariah seluruh negara berjumlah 616,707 kes.

Beliau berkata, berdasarkan statistik berkenaan, ia menjadi sandaran kepada JKSM agar terus berusaha gigih bagi mencapai maqasid syariah dan maqasid qadhaiyyah dalam menyalurkan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Menurut beliau, dalam tempoh 22 tahun penubuhan JKSM, pelbagai kejayaan telah ditempa antaranya ialah pewujudan jawatan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di peringkat Persekutuan bagi tujuan mendengar kes rayuan di negeri-negeri selain penyelarasan akta atau enakmen di seluruh negara mulai tahun 2000.

“Bagi tahun 2019, JKSM menduduki ranking pertama dalam kluster perundangan dan kehakiman bagi pencapaian kluster terbaik agensi-agensi agama. 

“Di peringkat antarabangsa pula, World Justice Project yang menjalankan kajian berhubung Rule of Law Index (RLI) pada tahun 2018 mendapati bahawa institusi kehakiman, ketelusan keadilan, hak asasi, keterbukaan kerajaan menyumbang kepada kedudukan Malaysia di tempat ke-53 daripada 113 negara di seluruh dunia, yang mana Malaysia merupakan antara lima negara Islam terbaik di dunia. 

“Pada tahun 2019, kedudukan Malaysia meningkat ke tangga ke-51 daripada 126 buah negara, dan seterusnya pada tahun ini meningkat ke tangga 47 daripada 128 buah negara dengan Malaysia merupakan negara Islam kedua terbaik di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2020 yang dirasmikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, kajian ilmiah yang dilakukan oleh Gutman dan Voigt terhadap institusi kehakiman di negara-negara Islam menerusi Islamic State Index (ISI) pula memberikan skala 3.602 daripada markah maksimum 4.0 bagi Malaysia. 

Katanya, penilaian yang dilakukan tersebut adalah dengan meneliti keislaman sesuatu negara, yang diukur mengikut jumlah penduduk, peruntukan Perlembagaan mengenai Islam dan keanggotaannya di dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). 

Dalam pada itu, beliau berkata, JKSM telah mengemukakan beberapa saranan bagi menaik taraf status Ketua Hakim Syarie dan Hakim Syarie di seluruh negara antaranya ialah  penstrukturan semula jabatan itu dengan menzahirkan aspek pengasingan kuasa di antara badan kehakiman dan pentadbiran perundangan melalui pewujudan Suruhanjaya Kehakiman Syariah.  

“Penjenamaan JKSM sebagai sebuah jabatan yang menguruskan hal ehwal pengurusan melibatkan perundangan syariah turut dicadangkan selain mengkaji semula kadar emolumen bagi para hakim syariah dengan pewujudan Akta Saraan Hakim Syarie yang khusus,” katanya. – UTUSAN

Sumber: Utusan

Last Updated on December 10, 2021

Kalendar JKSM

Events in February 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 29, 2024(1 event) January 30, 2024 January 31, 2024 February 1, 2024 February 2, 2024 February 3, 2024 February 4, 2024
February 5, 2024(1 event) February 6, 2024 February 7, 2024 February 8, 2024 February 9, 2024 February 10, 2024 February 11, 2024
February 12, 2024 February 13, 2024(1 event) February 14, 2024 February 15, 2024(1 event) February 16, 2024(1 event) February 17, 2024 February 18, 2024
February 19, 2024(1 event) February 20, 2024 February 21, 2024 February 22, 2024 February 23, 2024(1 event) February 24, 2024 February 25, 2024
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024