WEBINAR BAHASA UNDANG-UNDANG LANJUTAN HAKIM SYARIE MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SELURUH MALAYSIA

23 Februari 2022: Bahagian Latihan (BL), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Webinar Bahasa Undang-Undang Lanjutan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Seluruh Malaysia Secara Dalam Talian kepada Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah seluruh Malaysia, bermula 22 Februari 2022 hingga 23 Februari 2022.

Webinar ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Ramalinggam Rajamanickam, daripada Fakulti Undang-Undang (FUU), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kumpulan sasaran peserta wajib bagi kursus kali ini ialah Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah seluruh Malaysia. Purata kehadiran peserta sepanjang dua hari webinar ini berlangsung adalah antara 97 hingga 105 orang peserta.

Objektif utama webinar ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman lanjut kepada para peserta mengenai tatabahasa dan cara penulisan yang betul dengan penggunaan istilah undang-undang yang tepat dan bersesuaian. Peserta juga dilatih secara praktikal penggunaan bahasa undang-undang melalui pembacaan beberapa peruntukan terpilih bagi menguji kefahaman peserta sepanjang webinar berlangsung.

Last Updated on February 25, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024