MAJLIS PERJUMPAAN YAA DATO’ SETIA DR. HAJI MOHD NA’IM BIN HAJI MOKHTAR, KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA BERSAMA PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA NEGERI PERLIS (PGSMPs)

19 September 2022| Sempena lawatan kerja YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs), satu perjumpaan bersama dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia Perlis (PGSMPs) telah diadakan pada hari ini di Hotel Putra Regency Kangar.

YAA Dato’ Setia Dr. berkesempatan beramah mesra dengan Ahli Jawatankuasa PGSMPs yang diketuai oleh Encik Zulmi bin Sabri selaku Pengerusi PGSMPs.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapan beliau menyatakan peri penting peranan peguam syarie sebagai pegawai Mahkamah bagi memastikan setiap kes dapat berjalan dengan seadil mungkin.

Selain itu, hubungan yang baik dan komunikasi dua hala yang sedia terjalin antara JKSNPs dengan PGSMPs perlu diteruskan dengan mengambil kira peranan peguam syarie sebagai pegawai Mahkamah yang membantu Mahkamah menegakkan keadilan.

Seterusnya, YAA Dato’ Setia Dr. menekankan bahawa mahkamah syariah sentiasa menghargai peranan setiap peguam syarie dalam membangunkan dan memartabatkan perundangan Syariah di Malaysia.

Turut hadir bersama dalam perjumpaan julung kali ini, YA Tuan Mohamad Fauzi bin Haji Ismail, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang menanggung tugas Ketua Hakim Syarie, JKSNPs, Tuan Mohd Abu Hassan bin Abdullah, Ketua Pendaftar JKSNPs dan Puan Nurul Wazeera binti Ahmad Dahalan, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah.

Last Updated on September 19, 2022

Kalendar JKSM

Events in May 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024(2 events) May 3, 2024(1 event) May 4, 2024 May 5, 2024
May 6, 2024(2 events) May 7, 2024 May 8, 2024 May 9, 2024(1 event) May 10, 2024 May 11, 2024 May 12, 2024
May 13, 2024 May 14, 2024 May 15, 2024 May 16, 2024 May 17, 2024 May 18, 2024 May 19, 2024
May 20, 2024 May 21, 2024 May 22, 2024 May 23, 2024 May 24, 2024 May 25, 2024 May 26, 2024
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024