BENGKEL LATIHAN PENGGUNA SISTEM E-SYARIAH VERSI 3 (ESV3)

13 September 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah berkesempatan menyampaikan amanat di dalam Bengkel Latihan Pengguna Sistem E-Syariah Versi 3 bertempat di Bilik Latihan Komputer, Aras 4, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas kehadiran para peserta di dalam bengkel yang dijadualkan selama dua minggu bermula 12 sehingga 26 September 2022.

Menurut YAA Dato’ Setia Dr., sesi latihan ini bertujuan melatih para peserta tentang tatacara pengguna sistem E-Syariah versi 3 yang telah dibangunkan oleh pasukan projek yang mana peserta modul hari ini terdiri daripada kalangan penolong pendaftar dan petugas kaunter melibatkan enam buah negeri iaitu Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Negeri Perlis, Negeri Johor dan Negeri Sabah.

Tambah beliau, Sistem E-Syariah merupakan satu sistem pengurusan kes yang bersepadu yang mengintegrasikan semua proses yang terlibat dalam pengendalian kes-kes Mahkamah Syariah dalam usaha memudahkan pelanggan berurusan dengan mahkamah syariah.

Untuk rekod, peserta bengkel bagi modul pengurusan kes ini melibatkan 80 orang peserta yang diharap akan dapat membimbing dan mengajar rakan-rakan setugas apabila pulang ke tempat kerja masing-masing bagi melancarkan proses penggunaan Sistem ESV3 kelak.

Semoga sesi latihan kali ini berjaya mencapai objektifnya bagi melancarkan proses kerja di mahkamah seterusnya merealisasikan hasrat jabatan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan di mahkamah syariah seluruh negara.

Turut hadir di dalam majlis amanat tersebut adalah Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz (Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod, JKSM), Tuan Mohd Razalan bin Kamal (Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi JKSM) serta Puan Aliza Abu (Ketua Penolong Pengarah BTMK JKSM).

Last Updated on September 13, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024