BENGKEL PROSIDING INQUISITORIAL DALAM KES HADHANAH

JUMAAT 18 MAC 2022– Bahagian Latihan JKSM telah menganjurkan Bengkel Prosiding Inquisitorial Dalam Kes Hadhanah bertempat di Institut Aminuddin Baki Genting Highland, Bentong, Pahang Darul Makmur.

Program yang telah diluluskan dalam Pelan Operasi Latihan JKSM 2022 ini adalah hasrat dan komitmen tinggi YAA Dato’ Setia dan Pengurusan tertinggi JKSM untuk memastikan pemerkasaan pengurusan kehakiman ini terus berjalan dari semasa ke semasa.

Kaedah ‘Inquisitorial’ adalah satu kaedah pendekatan Hakim di dalam perbicaraan bagi mendapatkan keterangan serta bukti daripada pihak Plaintif atau Defendan atau saksi-saksi.

Melalui kaedah ‘Inquisitorial’ ini Hakim bicara akan bersikap lebih aktif mendalami kes melalui pertanyaan secara terus kepada pihak-pihak berbanding kaedah perbicaraan yang lazim dilakukan iaitu “adversarial” atau “accusatorial” dimana Hakim hanya mendengar penghujahan dari pihak-pihak tersebut.

Kaedah perbicaraan secara ‘Inquisitorial’ ini boleh membantu kaedah sedia ada untuk mempercepatkan perbicaraan dengan penglibatan Hakim secara langsung bagi mendapatkan keterangan serta bukti kes untuk tujuan menegakkan keadilan.

Justeru, transformasi terhadap tatacara Mahkamah Syariah amat diperlukan dengan menggabungkan kedua-dua proses perbicaraan tersebut, iaitu “adversarial” dan ‘inquisitorial’ supaya system Kehakiman Syariah di Malaysia lebih mudah, cepat dan adil.

Program yang berlangsung selama 2 hari dari 16 hingga 18 Mac 2022 ini melibatkan seramai 17 orang YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dari seluruh Malaysia. Program ini telah dibimbing oleh Yang Berusaha Tuan Zaim bin Md Yudin (Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) Jabatan Bantuan Guaman Malaysia), Tuan Zakian bin Dio (Pengarah Kanan Kehakiman JKSM), dan Tuan Shamsudin bin Hussin (YA Hakim Kanan Mahkamah Tinggi (Hadhonah) Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan).

Bahagian Latihan JKSM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Penceramah dan Peserta yang begitu komitmen menjayakan hasrat dan usaha JKSM memperkasakan pelaksanaan keadilan di Mahkamah Syariah.

Last Updated on Mac 18, 2022

Kalendar JKSM

Events in Julai 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Jun 27, 2022(2 events) Jun 28, 2022(1 event) Jun 29, 2022 Jun 30, 2022 Julai 1, 2022(2 events) Julai 2, 2022 Julai 3, 2022
Julai 4, 2022(1 event) Julai 5, 2022 Julai 6, 2022 Julai 7, 2022 Julai 8, 2022 Julai 9, 2022 Julai 10, 2022
Julai 11, 2022 Julai 12, 2022 Julai 13, 2022 Julai 14, 2022 Julai 15, 2022(1 event) Julai 16, 2022 Julai 17, 2022
Julai 18, 2022(1 event) Julai 19, 2022 Julai 20, 2022 Julai 21, 2022 Julai 22, 2022 Julai 23, 2022 Julai 24, 2022
Julai 25, 2022 Julai 26, 2022 Julai 27, 2022(1 event) Julai 28, 2022(1 event) Julai 29, 2022(2 events) Julai 30, 2022 Julai 31, 2022