BSUM VICTORY DAY CELEBRATION AND BEST STUDENT AWARD CEREMONY

25 Disember 2021 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah dijemput sebagai tetamu kehormat di dalam Majlis “BSUM Victory Day Celebration and Best Student Award Ceremony” bertempat di InterContinental Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis ini diadakan bagi meraikan para pelajar negara Bangladesh yang cemerlang di dalam pelajaran di samping menyampaikam penghargaan kepada warga Bangladesh yang telah berjaya mencapai kejayaan di dalam bidang masing-masing.

YAA Dato’ Setia Dr. yang diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan telah merakamkan ucapan terima kasih atas jemputan ini dan mengharapkan agar BSUM terus berperanan aktif dalam mencapai objektif penubuhannya.

Kesempatan ini turut di ambil oleh YAA Dato’ Setia Dr. bagi memperkenalkan JKSM sebagai agensi persekutuan yang bertanggungjawab menyelaras dan menyeragam sistem perundangan syariah di Malaysia selain menerangkan secara terperinci fungsi dan bidang kuasa mahkamah syariah di Malaysia.

Di akhir ucapan, YAA Dato’ Setia Dr. turut menzahirkan harapan agar pelajar-pelajar Bangladesh dapat memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari di Malaysia seterusnya diaplikasikan bagi membangunkan negara mereka apabila kembali ke tanahair mereka kelak.

Untuk rekod, BSUM mempunyai keahlian seramai lebih 20,000 orang yang merangkumi pelajar dari 50 buah universiti di Malaysia yang berperanan meningkatkan kemahiran para pelajar di dalam pelajaran dan perkembangan karier di samping bergiat aktif menganjurkan program kesedaran bagi para pelajar Bangladesh di Malaysia.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in June 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 30, 2022 May 31, 2022 June 1, 2022 June 2, 2022 June 3, 2022 June 4, 2022 June 5, 2022
June 6, 2022 June 7, 2022 June 8, 2022 June 9, 2022 June 10, 2022 June 11, 2022 June 12, 2022
June 13, 2022 June 14, 2022 June 15, 2022 June 16, 2022 June 17, 2022 June 18, 2022 June 19, 2022
June 20, 2022 June 21, 2022 June 22, 2022 June 23, 2022 June 24, 2022 June 25, 2022 June 26, 2022
June 27, 2022 June 28, 2022 June 29, 2022 June 30, 2022 July 1, 2022 July 2, 2022 July 3, 2022