MAJLIS PERASMIAN RETREAT PEGAWAI SULH, PEGAWAI DAN PEMBANTU REKOD SELURUH MALAYSIA TAHUN 2022

24 Mei 2022 : YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM malam ini telah berkesempatan merasmikan Retreat Pegawai Sulh, Pegawai dan Pembantu Rekod Seluruh Malaysia Tahun 2022 bertempat di Kem Permata Resort, Air Paabas, Alor Gajah, Melaka.

Program anjuran Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) JKSM ini diadakan selama tiga hari yang bermula 23 hingga 25 Mei 2022 dengan dihadiri oleh pegawai sulh dan pegawai rekod seluruh Malaysia.

Terdahulu, di alam ucapan perasmiannya, YAA Dato’ Setia Dr. telah merakamkan penghargaan atas penglibatan para peserta dan beliau menjelaskan bahawa Program Retreat ini diadakan bertujuan memperkukuhkan semangat kerjasama antara semua peserta serta dapat membangkitkan kefahaman yang jitu dengan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor.

Selain itu, retreat ini juga bertujuan memperkuat ketahanan mental dan fizikal melalui kerjasama berkumpulan supaya apabila semua kembali bertugas ke tempat masing-masing, semua peserta perolehi semangat baharu dan segar untuk memberikan Perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Di akhir ucapan, YAA Dato’ Setia Dr. mewakili JKSM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak urus setia, pihak pengurusan Kem Resort Permata dan peserta atas kerjasama padu yang diberikan serta berharap agar kerjasama baik seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Last Updated on May 24, 2022

Kalendar JKSM

Events in July 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 26, 2023 June 27, 2023 June 28, 2023 June 29, 2023 June 30, 2023 July 1, 2023 July 2, 2023
July 3, 2023 July 4, 2023 July 5, 2023 July 6, 2023 July 7, 2023 July 8, 2023 July 9, 2023
July 10, 2023 July 11, 2023 July 12, 2023 July 13, 2023 July 14, 2023 July 15, 2023 July 16, 2023
July 17, 2023 July 18, 2023 July 19, 2023 July 20, 2023 July 21, 2023 July 22, 2023 July 23, 2023
July 24, 2023 July 25, 2023 July 26, 2023 July 27, 2023 July 28, 2023 July 29, 2023 July 30, 2023
July 31, 2023 August 1, 2023 August 2, 2023 August 3, 2023 August 4, 2023 August 5, 2023 August 6, 2023