MULTAQA PAKAR TURATH SIRI 3/2022

9 Jun – Kota Bharu, Kelantan: Bahagian Latihan (BL), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menganjurkan Multaqa Pakar Turath Siri 3 pada 7-9 Jun 2022 di H Elite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan.

Multaqa Pakar Turath ini merupakan program rasmi projek pembangunan pakar turath JKSM yang bertujuan untuk melahirkan pelapis dan tenaga pakar sebagai rujukan isu al-Ahwal al-Syakhsiyah menerusi disiplin ilmu kitab-kitab turath dalam kalangan Pegawai Syariah seluruh Malaysia.

Kepakaran dalam disiplin ilmu ini sangat penting yang berperanan sebagai tulang belakang skim Perkhidmatan Pegawai Syariah dalam merujuk sumber-sumber syariah dan disiplin ilmu turath yang benar dan tepat dengan isu-isu dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah seluruh negara.

Projek ini juga merupakan Key Performance Indicator (KPI) JKSM bagi melahirkan pakar dalam kalangan Pegawai Syariah pada tahun 2025 agar dapat menabur khidmat bakti di JKSM/JKSN/MSN dan juga masyarakat bersendikan semangat Keluarga Malaysia dalam negara.

Multaqa ini dilaksanakan berteraskan modul profesional khusus pakar turath. Peserta yang menyertainya bukan berdasarkan bidang teras kerjaya pegawai syariah dan gred jawatan, tetapi berdasarkan merit khas dalam aspek keupayaan dan kemahiran pegawai yang dipilih berasaskan hasil penilaian oleh Jawatankuasa Pembinaan Modul Pakar Turath JKSM-YIK yang terdiri dalam kalangan pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Pondok Moden, Yayasan Islam Kelantan.

Semoga projek ini dapat berlangsung dengan jayanya hingga ke penghujung tahun 2025 disamping mencapai objektif projek ini.

BL juga amat berterima kasih kepada YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dan YAA Ketua Hakim Syarie JKSN/MSN dan ketua-ketua di agensi Persekutuan seperti JAPENS WP, JBG dan AGC atas perhatian dan sokongan bagi menjayakan penganjuran program ini hingga ke akhir tahun 2025 nanti in Sha Allah. Semoga Allah SWT merahmati kita semua.

Last Updated on June 14, 2022

Kalendar JKSM

Events in December 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
November 28, 2022(2 events) November 29, 2022 November 30, 2022(1 event) December 1, 2022(1 event) December 2, 2022(1 event) December 3, 2022 December 4, 2022
December 5, 2022 December 6, 2022(1 event) December 7, 2022 December 8, 2022(2 events) December 9, 2022(1 event) December 10, 2022 December 11, 2022
December 12, 2022(2 events) December 13, 2022(2 events) December 14, 2022 December 15, 2022 December 16, 2022 December 17, 2022 December 18, 2022
December 19, 2022(1 event) December 20, 2022 December 21, 2022 December 22, 2022 December 23, 2022 December 24, 2022 December 25, 2022
December 26, 2022 December 27, 2022 December 28, 2022 December 29, 2022 December 30, 2022 December 31, 2022 January 1, 2023