๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ | YAA. Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie berserta YBhg. Datin Asmah binti Musa telah menghadiri istiadat keberangkatan balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Iskandariah di Dataran Parlimen dan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
.
Ia melibatkan acara penting istiadat seperti Kawalan Kehormatan Utama dan persembahan pasukan pancaragam oleh anggota ATM serta tembakan meriam.
.
Pada acara itu Seri Paduka telah menerima persembahan tabik “Hormat Diraja” serta acara menghadap dan bersalaman oleh anggota Kabinet dan tetamu kehormat.
.
Di Kompleks Bunga Raya, KLIA di Sepang pula keberangkatan balik Seri Paduka berdua telah diiringi oleh perarakan bergajah, persembahan kebudayaan, persembahan lambaian kasih serta diakhiri dengan gema laungan keramat “Daulat Tuanku” oleh para hadirin sebagai tanda kegemilangan kerajaan Melayu.
.
๐ซ๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐.
Seluruh rakyat jelata merasa hiba dan amat tersentuh dengan segala keprihatinan Baginda berdua. Segala gelak tawa dan budi baik Baginda berdua terhadap rakyat jelata serta menawan hati rakyat jelata dibalas sebaik-baiknya oleh Allah SWT.
.
Moga Baginda berdua berada dalam keafiatan dan rahmat serta dalam lindungan Allah jua.
.
๐จ๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐.
๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐.
๐ซ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐.
๐ซ๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐.
๐ท๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐/ ๐ฒ๐๐๐๐ ๐ฏ๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐
๐ฑ๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐
Last Updated on January 31, 2024