MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA TAHUN 2024 SERTA PEMILIHAN AJK BAHARU TAHUN 2024/2026

Putrajaya | YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Tahun 2024 bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, JKSM hari ini.

YAA Dato’ yang juga merupakan Pengerusi KKS JKSM mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas komitmen semua warga JKSM berkumpul dalam Mesyuarat Agung dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Baharu Sesi 2024/2026, Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

YAA Dato’ juga memberi ucapan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) JKSM 2020/2024 yang telah melakarkan kejayaan cemerlang kerana berjaya melangsungkan pelbagai aktiviti yang dirancang mahupun tidak dirancang.

Antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan seperti penyampaian sumbangan musaadah kepada yang memerlukan, penganjuran

Multaqa Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Tahun 2023 (MuM’S 2023), aktiviti sukan dan riadah (seperti IJPAM, mencandat sotong), program kerohanian, program bual bicara JKSM, serta yang terkini program kesukarelawan bantuan musibah banjir di Kota Tinggi, Johor.

YAA Dato’ menyeru jawatankuasa baharu selepas ini agar dapat meneruskan khidmat, komited bahkan sentiasa menambah baik dari semasa ke semasa dalam menjayakan apa juga bentuk program kepada warga JKSM.

YAA Dato’ juga berpesan bahawa bagi menjadikan KKS JKSM ini kuat dan bersatu hati penglibatan semua amatlah diharapkan dan tidak hanya meletakkan tanggungjawab tersebut kepada exco semata-mata.

Semua warga boleh terlibat sama dan menyuarakan pandangan dengan tujuan wahdatul fikr iaitu kesatuan fikiran dalam meletakkan matlamat, halatuju, sikap dan pandangan dalam jama’ah.

Wahdatul fikr tadi perlulah disusuli dengan wahdatul amal iaitu kesatuan di dalam tindakan /perbuatan dalam menjayakan perancangan, penyusunan kerja dan tenaga ke arah mencapai matlamat bersama secara berjamaah.

Usai majlis perasmian, Mesyuarat Agung diteruskan dengan pembentangan minit mesyuarat, aktiviti dan belanjawan sepanjang tahun 2023 serta pemilihan barisan jawatankuasa yang baharu sesi 2024/2026.

Hasil undian majoriti, YA Dato’ Mohamad Shakir bin Haji Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Rayuan JKSM telah diberi kepercayaan untuk memegang tampuk pimpinan baharu kali ini.

Tahniah diucapkan kepada semua barisan jawatankuasa bagi sesi 2024/2026!

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒉𝒂𝒌𝒊𝒎𝒂𝒏 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂

Last Updated on January 31, 2024

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024