ISTIADAT KEBERANGKATAN BALIK SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI

𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 | YAA. Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie berserta YBhg. Datin Asmah binti Musa telah menghadiri istiadat keberangkatan balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Iskandariah di Dataran Parlimen dan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

.

Ia melibatkan acara penting istiadat seperti Kawalan Kehormatan Utama dan persembahan pasukan pancaragam oleh anggota ATM serta tembakan meriam.

.

Pada acara itu Seri Paduka telah menerima persembahan tabik “Hormat Diraja” serta acara menghadap dan bersalaman oleh anggota Kabinet dan tetamu kehormat.

.

Di Kompleks Bunga Raya, KLIA di Sepang pula keberangkatan balik Seri Paduka berdua telah diiringi oleh perarakan bergajah, persembahan kebudayaan, persembahan lambaian kasih serta diakhiri dengan gema laungan keramat “Daulat Tuanku” oleh para hadirin sebagai tanda kegemilangan kerajaan Melayu.

.

𝑫𝒂𝒖𝒍𝒂𝒕 𝑻𝒖𝒂𝒏𝒌𝒖.

Seluruh rakyat jelata merasa hiba dan amat tersentuh dengan segala keprihatinan Baginda berdua. Segala gelak tawa dan budi baik Baginda berdua terhadap rakyat jelata serta menawan hati rakyat jelata dibalas sebaik-baiknya oleh Allah SWT.

.

Moga Baginda berdua berada dalam keafiatan dan rahmat serta dalam lindungan Allah jua.

.

𝑨𝒎𝒑𝒖𝒏 𝑻𝒖𝒂𝒏𝒌𝒖.

𝑴𝒆𝒏𝒋𝒖𝒏𝒋𝒖𝒏𝒈 𝑲𝒂𝒔𝒊𝒉 𝑻𝒖𝒂𝒏𝒌𝒖.

𝑫𝒊𝒓𝒈𝒂𝒉𝒂𝒚𝒖 𝑻𝒖𝒂𝒏𝒌𝒖.

𝑫𝒂𝒖𝒍𝒂𝒕 𝑻𝒖𝒂𝒏𝒌𝒖.

𝑷𝒆𝒋𝒂𝒃𝒂𝒕 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓𝒂𝒉/ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑯𝒂𝒌𝒊𝒎 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒆

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒉𝒂𝒌𝒊𝒎𝒂𝒏 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂

Last Updated on January 31, 2024

Kalendar JKSM

May 24, 2024