JKSM MENGUTUK ZIONIS ATAS KEKEJAMAN PEMBERSIHAN ETNIK DAN UMAT ISLAM DI PALESTIN

PUTRAJAYA| YAA Dato’ Hj Mohd Amran Hj Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis yang membunuh serta melakukan pembersihan etnik dan umat Islam di Palestin.

“Semenjak penubuhan negara haram Israel pada 14 Mei 1948 iaitu lebih 70 tahun lalu, umat Islam Palestin ditindas secara berterusan sehingga ke hari ini. Bukan sahaja bermula semenjak peristiwa Nakbah tersebut, namun sebenarnya kezaliman terhadap umat Islam di Palestin bermula lebih awal lagi.”

“Sejarah menyaksikan golongan Yahudi ini ditindas di dunia Barat terutamanya di wilayah Eropah Timur. Kerana itu, ketika mereka melarikan diri ke Timur Tengah terutamanya ke Palestin, mereka mengibarkan sepanduk _’The Germans destroyed our families and homes – don’t you destroy our hopes’.”_

“Ironinya, walaupun bangsa Yahudi ini menderita disebabkan kezaliman tentera Nazi, namun kezaliman yang lebih teruk pula ditimpakan kepada warga Palestin yang membantu mereka,” ujar YAA Dato’ Hj Mohd Amran.

“Pada hari ini, tentera Zionis sekali lagi mencabuli hak asasi manusia, menzahirkan kedegilan dan keangkuhannya kepada dunia apabila mengebom Hospital Arab Al-Ahli di Bandar Gaza dan membunuh lebih 500 rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak, wanita dan orang tua. Pihak berkuasa kesihatan Palestin memaklumkan hampir 3,000 warga Palestin terkorban dengan lebih 11,000 orang cedera semenjak 7 Oktober lalu,” tambah beliau lagi.

Sejarah merekodkan bahawa Yahudi telah menubuhkan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) secara rasmi pada tahun 1897 melalui persidangan pertamanya di Basel.

Pertubuhan ini telah memilih Theodor Herzl sebagai presiden yang pertama dengan matlamat utamanya adalah untuk menubuhkan sebuah negara bagi bangsa Yahudi.

Idea ini sebelumnya telah diterbitkan dalam buku yang ditulis oleh Herzl, iaitu ‘Der Judenstaat’ atau The State of Israel. Golongan Yahudi melobi kuasa besar dunia pada waktu tersebut iaitu Britain untuk mendapatkan sokongan dan simpati.

Beberapa strategi digunakan dengan mendekati pembuat dasar di Britain untuk menubuhkan negara Israel di Palestin. Antaranya dengan menimbulkan perasaan simpati bagi mendapatkan persetujuan House of Common di Britain.

Rentetan itu, satu deklarasi persetujuan dan sokongan oleh Britain telah dikeluarkan menerusi satu surat yang ditulis oleh Menteri Luar Britain, iaitu Arthur James Balfour yang kemudiannya dikenali sebagai Deklarasi Balfour pada 2 November 1917. Serentak itu juga, British melancarkan serangan bagi menawan Palestin.

Pada 1918 iaitu selepas Perang Dunia Pertama, Baitulmaqdis dan Palestin jatuh ke tangan British selepas British menewaskan Empayar Islam Uthmaniyyah (1516-1917). Rentetan itu, bermulalah perpindahan secara besar-besaran bangsa Yahudi ke Palestin di bawah naungan British dari 1918-1947.

Kurator Berita

Unit Komunikasi Korporat, JKSM

Last Updated on October 19, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024