KONVENSYEN KIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN

14 Oktober 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Konvensyen KIK Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) bertempat di SKY Ballroom, Palm Seremban Hotel.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Abdul Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

YBhg. Dato’ Dr. Abdul Aziz dalam ucapan perasmiannya meletakkan peri pentingnya inovasi dalam sistem sedia ada ini sebagai salah satu proses penambahbaikan yang berterusan seiring dengan peredaran zaman.

Justeru penganjuran Konvensyen KIK ini adalah bukti kepada keseriusan pihak JKSNS dalam menjayakan program inovasi berdasarkan perkongsian pintar warganya sekaligus berjaya mencerminkan bahawa Jabatan-jabatan Kehakiman Syariah Negeri telah berjaya mengorak langkah ke hadapan dan menyahut cabaran kerajaan serta melahirkan pegawai yang berkompentensi tinggi, berkualiti dan berinovasi.

YAA Dato’ Abas Bin Nordin, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli Kumpulan KIK JKSNS yang mempamerkan kesungguhan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi sepanjang Pertandingan Inovasi Dalaman Konvensyen KIK JKSNS 2022 ini.

Kumpulan Phlegmatic JKSN Negeri Sembilan dengan projek e-charge telah dinobatkan sebagai juara pertandingan dalaman KIK JKSN ini. Selain itu, beberapa negeri turut terlibat dalam persembahan produk inovasi masing-masing, antaranya dari JKSN Selangor, JKSN Perlis, JKSN Pulau Pinang serta JKSN Terengganu.

Pada konvensyen kali ini juga, Puan Noor Hafizah binti Omar Penolong Pengarah Kanan UPTM, JKSNS telah dianugerahkan Anugerah Inovasi JKSNS 2022.

Tahniah diucapkan!

Last Updated on October 14, 2022

Kalendar JKSM

Events in December 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
November 28, 2022(2 events) November 29, 2022 November 30, 2022(1 event) December 1, 2022(1 event) December 2, 2022(1 event) December 3, 2022 December 4, 2022
December 5, 2022 December 6, 2022(1 event) December 7, 2022 December 8, 2022(2 events) December 9, 2022(1 event) December 10, 2022 December 11, 2022
December 12, 2022(2 events) December 13, 2022(2 events) December 14, 2022 December 15, 2022 December 16, 2022 December 17, 2022 December 18, 2022
December 19, 2022(1 event) December 20, 2022 December 21, 2022 December 22, 2022 December 23, 2022 December 24, 2022 December 25, 2022
December 26, 2022 December 27, 2022 December 28, 2022 December 29, 2022 December 30, 2022 December 31, 2022 January 1, 2023