KUNJUNG HORMAT JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC) KE ATAS JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM)

29 Mei 2023 | YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM menyantuni kehadiran delegasi Jabatan Peguam Negara (AGC) pagi tadi di Pejabat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, JKSM.

Delegasi AGC diketuai oleh Tuan Mohammad Khalid bin Shaee @ Shaii, Ketua Unit Kehakiman Syariah dan Undang-Undang Keluarga Islam; Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang Jabatan Peguam Negara (AGC) bersama enam (6) orang pegawai yang lain. Semoga kunjung hormat ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua agensi sekaligus dapat mencambah pelbagai idea demi memperkukuh Institusi Kehakiman di negara kita.

Last Updated on May 29, 2023

Kalendar JKSM

Events in May 2024

  • There are no events scheduled during these dates.