KUNJUNG HORMAT KE ATAS SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)

8 Januari 2021: YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah berkesempatan membuat kunjungan hormat ke atas Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bertempat di Menara Usahawan Putrajaya.

Kunjung hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan di antara kedua-dua agensi selain berkongsi pandangan dan pendapat berhubung prinsip integriti dan disiplin kerja yang perlu diamalkan oleh seluruh penjawat awam.

YABhg Tan Sri turut mengingatkan agar Ketua Perkhidmatan sentiasa bersikap telus serta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai yang melakukan kesalahan serta melanggar etika sebagai penjawat awam.

YABhg Tan Sri turut menyentuh tentang prinsip kepentingan “whiter than white” dalam soal integriti lebih-lebih lagi apabila sesuatu isu yang timbul itu melibatkan agensi agama di Malaysia.

Pertemuan ini juga turut disertai oleh YBrs Ketua Pendaftar, Tn Haji Nassir Abd Aziz dan Ketua Unit Integriti, Puan Salwani Khalid, serta Pegawai Khas, Tuan Abdul Fattah Dato’ Kamarudin.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in May 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024(2 events) May 3, 2024(1 event) May 4, 2024 May 5, 2024
May 6, 2024(2 events) May 7, 2024 May 8, 2024 May 9, 2024(1 event) May 10, 2024 May 11, 2024 May 12, 2024
May 13, 2024 May 14, 2024 May 15, 2024 May 16, 2024 May 17, 2024 May 18, 2024 May 19, 2024
May 20, 2024 May 21, 2024 May 22, 2024 May 23, 2024 May 24, 2024 May 25, 2024 May 26, 2024
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024