KUNJUNG HORMAT KE ATAS YB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (EKONOMI), JABATAN PERDANA MENTERI

21 Disember 2020: YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pagi ini berkesempatan membuat kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) bertempat di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Kunjungan hormat ini adalah pertemuan kali pertama antara kedua-kedua pihak setelah YB Dato’ Sri dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) pada Mac 2020 yang lepas.

Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah perancangan JKSM dalam mendigitalisasikan mahkamah syariah seluruh malaysia termasuk hala tuju Projek Transformasi e-Syariah Versi 3 yang dirancang untuk disambung pembangunannya pada tahun 2021.

Turut dibincangkan adalah cadangan penubuhan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia yang merupakan langkah ke arah untuk memperkasakan institusi Kehakiman dan Perundangan Syariah setanding dengan Mahkamah Sivil.

Untuk rekod, cadangan ini telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) Kali Ke 48 pada 19 Februari 2009 dan telah dipersetujui oleh MKI yang mana ianya dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri ketika itu, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

Turut hadir dalam sesi kunjung hormat tersebut adalah Tuan Hj. Nassir bin Hj. Abdul Aziz (Ketua Pendaftar JKSM), Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz (Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetian dan Rekod JKSM dan Tuan Mohd Razalan bin Kamal (Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi JKSM).

Last Updated on Disember 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in Mac 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Februari 27, 2023(1 event) Februari 28, 2023 Mac 1, 2023 Mac 2, 2023 Mac 3, 2023 Mac 4, 2023 Mac 5, 2023
Mac 6, 2023(1 event) Mac 7, 2023 Mac 8, 2023 Mac 9, 2023 Mac 10, 2023 Mac 11, 2023 Mac 12, 2023
Mac 13, 2023 Mac 14, 2023 Mac 15, 2023 Mac 16, 2023(1 event) Mac 17, 2023 Mac 18, 2023 Mac 19, 2023
Mac 20, 2023 Mac 21, 2023 Mac 22, 2023(1 event) Mac 23, 2023 Mac 24, 2023 Mac 25, 2023 Mac 26, 2023
Mac 27, 2023(1 event) Mac 28, 2023 Mac 29, 2023 Mac 30, 2023(3 events) Mac 31, 2023(3 events) April 1, 2023 April 2, 2023