KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JKSM KE MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAINJ) BAGI PERBINCANGAN BERKAITAN HAD KIFAYAH NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 01 Jun 2023: Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang diketuai oleh Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan (Kehakiman) dan Puan Maria binti Jilani, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bertempat di Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi membincangkan kaedah penentuan kadar had kifayah di negeri Johor.

Perbincangan telah dipengerusikan oleh Y.B Dato’ (Dr.) Hj Nooh bin Gadut, Penasihat MAINJ dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Ismail bin Abu, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ serta pegawai-pegawai kanan MAINJ.

Perbincangan mengenai had kifayah ini adalah penting bagi menentukan kelayakan pemohon iaitu Pemiutang Penghakiman terhadap tuntutan BSK Transit yang meliputi tuntutan kos penginapan, makan minum dan pengangkutan bagi menghadiri prosiding berkaitan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di mana-mana Mahkamah Syariah seluruh Malaysia termasuk kehadiran ke sesi rundingcara BSK yang terhad kepada enam (6) kali sahaja bagi setiap tindakan penguatkuasaan untuk seorang pemohon.

Delegasi telah dibentangkan berhubung pengiraan had kifayah negeri Johor oleh Ustaz Mohd Firdaus Bin Abd Hamid, Amin Baitulmal Daerah Johor Bahru dan hasil pembentangan tersebut boleh digunakan oleh BSK Seksyen Negeri Johor di dalam menentukan kelayakan pemohon atau Pemiutang Penghakiman terhadap tuntutan BSK Transit sebelum permohonan tersebut dipertimbangkan oleh BSK JKSM untuk kelulusan.

Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Tuan Mohd Yusof bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah BSK JKSM, Tuan Ahmad Faizal Tahiron, Penolong Pengarah BSK JKSM dan Puan Nurdiyana binti Aziz , Penolong Pengarah BSK Seksyen Negeri Johor.

Usai perbincangan tersebut, delegasi yang diketuai oleh Pengarah Kanan (Kehakiman) menyampaikan penghargaan ucapan terima kasih di atas kesudian MAINJ meluangkan masa menerima kunjungan hormat ini.

Last Updated on June 1, 2023

Kalendar JKSM

Week of Mar 4th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024