YB Senator Dato’ Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah berbesar hati dan sudi menerima kunjungan hormat daripada delegasi agensi-agensi perundangan dan kehakiman syariah Malaysia.
Delegasi yang diketuai oleh YA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Hakim Mahkamah Rayuan JKSM turut disertai oleh Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Pengurusan Tertinggi JKSM, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.
Dalam pertemuan mesra tersebut, YB Menteri berkesempatan menitipkan beberapa amanat terutamanya perihal peri pentingnya semua pihak untuk memberi fokus kepada pembangunan sistem kehakiman syariah di Malaysia disamping menitikberatkan prinsip 5 “I” (Ilmu, Integriti, Itqan, Ikhlas dan Istiqamah) dalam budaya kerja seluruh warga JKSM.
Amanat tersebut disambut baik oleh semua pihak yang hadir bagi meneruskan kecemerlangan legasi yang telah ditinggalkan oleh YB Menteri sebelum dilantik sebagai menteri agama baru-baru ini.
Semoga pertemuan sebentar tadi akan menjadi titik tolak untuk memperkukuh dan memperkasakan sistem kehakiman syariah Malaysia terutamanya di bawah teraju kepimpinan YB Senator Dato’ Setia Dr. yang merupakan Ketua Hakim Syarie pertama di dalam sejarah dilantik sebagai Menteri Agama.
Last Updated on December 16, 2022