KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR BELGIUM KE MALAYSIA

8 Disember 2021 – YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menerima kunjungan hormat daripada TYT. Pascal Hubert Grégoire, Duta Besar Belgium ke Malaysia.

Pertemuan yang berlangsung pada jam 10 pagi ini merupakan pertemuan kali pertama kedua-dua pihak dan turut disertai oleh Pengurusan Tertinggi JKSM.

Terdahulu, TYT. Pascal di bawa melawat ke Galeri Kehakiman, Aras 1, JKSM dengan diiringi oleh YAA Dato’ Setia Dr. sebelum sesi perbincangan diteruskan di Pejabat Ketua Pengarah JKSM.

Kesempatan ini diambil oleh YAA Dato’ Dr. bagi menerangkan tentang sistem perundangan di Malaysia yang melibatkan dua sistem perundangan iaitu undang-undang sivil dan undang-undang syariah.

YAA Dato’ Setia Dr. turut berkongsi tentang sejarah penubuhan, fungsi dan peranan JKSM dalam menyelaras dan menyeragamkan Sistem Perundangan dan Kehakiman Syariah di Malaysia serta usaha-usaha yang dijalankan oleh JKSM termasuklah pengendalian kes rayuan syariah.

Selanjutnya sesi perbincangan menjurus kepada perkongsian pengalaman hakim-hakim di Belgium selain membincangkan peluang kerjasama yang boleh diwujudkan oleh kedua-dua pihak pada masa hadapan.

Untuk rekod, TYT. Pascal dilantik sebagai Duta Besar Belgium ke Malaysia pada tahun 2018 dan beliau juga merupakan Dean atau Ketua bagi Duta-Duta dari Eropah.

Di akhir pertemuan, TYT. pacsal turut berkesempatan menjemput YAA Dato’ Setia Dr. bagi menyampaikan taklimat berkaitan peranan JKSM dan Sistem Perundangan Syariah di Malaysia di dalam Mesyuarat Bersama Duta-Duta Eropah yang bakal diadakan pada bulan Januari 2022.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in May 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024(2 events) May 3, 2024(1 event) May 4, 2024 May 5, 2024
May 6, 2024(2 events) May 7, 2024 May 8, 2024 May 9, 2024(1 event) May 10, 2024 May 11, 2024 May 12, 2024
May 13, 2024 May 14, 2024 May 15, 2024 May 16, 2024 May 17, 2024 May 18, 2024 May 19, 2024
May 20, 2024 May 21, 2024 May 22, 2024 May 23, 2024 May 24, 2024 May 25, 2024 May 26, 2024
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024