KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PEGAWAI SYARIAH MALAYSIA (PPSM) KE ATAS YAA KP/KHS JKSM

22 Mac 2022: Barisan Kepimpinan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM selaku penaung PPSM bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya.


Kunjungan hormat yang diketuai oleh Tuan Abu Sufian bin Abu Yaziz selaku Presiden PPSM Sesi 2022/2024 bertujuan memperkenalkan barisan exco PPSM sesi 2022/2024 yang baru dilantik pada 16 Februari 2022 yang lalu.


YAA Dato’ Setia Dr. terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada semua barisan exco PPSM atas pelantikan dan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh pegawai syariah kepada seluruh Malaysia kepada mereka.


YAA Dato’ Setia Dr. turut mengharapkan agar barisan pimpinan exco yang baharu sentiasa mementingkan hubungan erat sesama ahli dan terus berdiri teguh membela ahli-ahli yang ditimpa musibah selain merangka program yang memberikan impak positif kepada profesyen pegawai syariah.
Presiden PPSM turut mengambil kesempatan dalam pertemuan ini utk membentangkan perancangan program dan aktiviti yang bakal dianjurkan oleh PPSM sepanjang tahun 2022.


Di akhir pertemuan, Tuan Presiden PPSM turut menyatakan komitmen tinggi yang akan diberikan oleh PPSM terhadap semua program-program yang bakal dilaksanakan oleh JKSM demi memartabatkan institusi kehakiman syariah di Malaysia.

Last Updated on March 23, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024 February 27, 2024 February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024