KURSUS KHAS INTEGRITI: KAWALAN DOKUMEN RAHSIA RASMI DAN DOKUMEN RASMI

1-2 Jun 2021 | Bahagian Latihan dengan kerjasama Unit Integriti Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah menganjurkan Kursus Khas Integriti: Kawalan Dokumen Rahsia Rasmi Dan Dokumen Rasmi. Kursus yang diadakan selama 2 hari ini pada asalnya dirangka dilaksanakan secara fizikal, namun disebabkan arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, ia diubah dan diadakan secara dalam talian.

Kursus yang berobjektifkan untuk memberi penekanan akan kefahaman terhadap pengurusan kawalan dokumen rahsia rasmi dan dokumen rasmi ini telah dikendalikan oleh 2 orang pegawai yang telah diundang khas daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia iaitu Tuan Mohd Rasyid bin Che Abdullah, Timbalan Pengarah, Program Pendidikan dan Kesedaran Keselamatan Perlindungan, Pusat Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia dan Tuan Muhamad Ashraf bin Zainal Abidin, Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat Pematuhan & Pengiktirafan.

Kursus yang diwajibkan kepada seluruh warga JKSM ini telah dimulai dengan kata pembuka Pengacara Majlis dan seterusnya Ucapan Aluan oleh Yang Amat Arif Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Naím bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tepat jam 9:00 pagi, 1 Jun 2021.

Dalam ucapan aluan tersebut, Yang Amat Arif Dato’ Setia Dr. memberi penekenan terhadap perlunya penjawat awam mengambil tahu akan kepentingan pengurusan dokumen rahsia rasmi dan dokumen rasmi ini dan risiko yang akan dihadapi jika gagal memahami kepentingannya. Selain itu, Yang Amat Arif Dato’ Setia Dr. turut memberi peringatan bahawa tindakan tatatertib juga boleh dikenakan ke atas mana-mana pegawai awam yang cuai dalam menguruskan rahsia rasmi ini.

Pada sesi pagi hari pertama kursus ini, para peserta telah diberi penekanan dan kefahaman terhadap peruntukan dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 atau Akta 88. Akta ni adalah teras dalam pengurusan segala dokumen rasmi dan pengawalannya. Para peserta selanjutnya dibentangkan berkenaan keselamatan dokumen rahsia rasmi pada sesi sebelah petang.

Pada hari kedua kursus pula, para peserta diberi pencerahan berkenaan kepentingan keselamatan peribadi dan pengurusannya. Selain itu, para peserta turut dibentangkan berkenaan dengan Pengelasan dan Pengelasan Semula Rahsia Rasmi dan pengurusan keselamatan fizikal. Dalam kursus ini juga, para peserta turut diberi latih amal pengendalian Buku Daftar Rahsia Rasmi.

Penglibatan peserta kursus kali ini amat memberangsangkan apabila wujudkan interaksi dua hala secara aktif antara penceramah dan para peserta kursus dari pelbagai peringkat gred dan jawatan. Kursus ini turut dimeriahkan dengan penyertaan Yang Arif Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM yang terlibat secara aktif sepanjang kursus ini berjalan.

Kursus selama 2 hari ini diakhiri dengan perasmian penutup yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Arif Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Naím bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM. YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penceramah dan warga JKSM yang setia sehingga ke akhir kursus. YAA Dato’ Setia Dr. turut menyatakan komitmen dan komited untuk meneruskan kolaborasi kerjasama dengan pihak CGSO untuk melahirkan kepakaran dalam bidang keselamatan ini dari kalangan warga kerja JKSM.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Week of Feb 6th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 5, 2024(1 event) February 6, 2024 February 7, 2024 February 8, 2024 February 9, 2024 February 10, 2024 February 11, 2024