KURSUS PEMAHAMAN ARAHAN AMALAN SIRI 1 TAHUN 2022 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN DAN LAWATAN PROJEK NAIKTARAF FASILITI BANGUNAN MAHKAMAH SYARIAH WP LABUAN

20 Jun 2022: Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan (MSWPL) telah menganjurkan Kursus Pemahaman Arahan Amalan Siri 1/2022 kepada pegawai dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan Labuan dan Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kursus ini disampaikan sendiri oleh YAA Dato’ Setia Dr. Mohd Nai’m bin Hj. Mokhtar (Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dimana objektif utama kursus ini adalah untuk mempertingkatkan kefahaman peserta dalam pemakaian Arahan Amalan di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

Selain itu, kursus ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam berurusan dengan pelanggan.

Pada sesi petang, YAA Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im bin Hj Mokhtar juga telah meluangkan masa untuk meninjau projek Naiktaraf dan Penggantian Sistem Penghawa Dingin di bangunan Mahkamah Syariah WP Labuan yang telah rosak. Projek Naiktaraf taraf ini melibatkan penggantian penghawa dingin di keseluruhan bangunan dengan menggunakan kombinasi Sistem VRF dan Split Unit.

YAA Dato’ Setia Dr turut mengarahkan pegawai yang terlibat supaya sentiasa memantau projek ini bagi memastikan perjalanan projek ini berjalan lancar.

Last Updated on June 20, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024 April 2, 2024 April 3, 2024 April 4, 2024 April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024 April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024 April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024