KURSUS PENULISAN MEMO, SURAT RASMI DAN E-MEL

15 Mac 2022 (Selasa): Bahagian Latihan, JKSM telah menganjurkan Kursus Penulisan Memo, Surat Rasmi Dan E-mel yang disertai 33 orang pegawai dan kakitangan dari seluruh warga JKSM yang terpilih. Kursus ini telah diadakan secara fizikal, bertempat di Aras 5, Dewan Tan Sri Dato’ Setia Dr Ibrahim Lembut, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bermula pada 15 hingga 16 Mac 2022 (2 hari).

Objektif penganjuran kursus adalah supaya peserta dapat mempraktikkan ciri-ciri terbaik bagi menghasilkan penulisan Memo, Surat Rasmi dan E-mel yang berkualiti dan mengaplikasi format tatabahasa yang betul bagi setiap jenis penulisan sekaligus menguasai ilmu penulisan dengan disiplin ilmu yang ada.

Penceramah jemputan bagi kursus ini ialah Tuan Ahmad Burhan Sidqi Bin Dato’ A. Rahim, Penolong Pegawai Undang-Undang dari Majlis Daerah Besut, Terengganu. Kaedah penyampaian oleh penceramah jemputan kali ini amat menarik minat para peserta. Penglibatan para peserta kursus kali ini sangat memberangsangkan apabila wujud interaksi dan komunikasi dua 2 hala dengan pelbagai isu dan persoalan yang dikupas bersama .

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YAA Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im bin Hj Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM yang sudi memberikan ucapan dan pesanan kepada semua peserta yang hadir agar mengubah stigma yang selama ini menganggap penyediaan surat rasmi, memo dan e-mel sebagai perkara remeh sedangkan ianya memberikan gambaran atau imej pentadbiran sesebuah organisasi, khususnya JKSM.

Harapan bagi kursus ini agar para peserta mendapat manfaat dan pencambahan ilmu sepanjang kursus ini berlangsung yang dapat memberikan nilai tambah kepada para peserta dalam menjalankan amanah dan tugasan seharian.

Last Updated on March 15, 2022

Kalendar JKSM

Events in May 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 25, 2022(1 event) April 26, 2022 April 27, 2022 April 28, 2022 April 29, 2022 April 30, 2022 May 1, 2022
May 2, 2022 May 3, 2022 May 4, 2022 May 5, 2022 May 6, 2022 May 7, 2022 May 8, 2022
May 9, 2022 May 10, 2022 May 11, 2022 May 12, 2022 May 13, 2022(2 events) May 14, 2022 May 15, 2022
May 16, 2022 May 17, 2022 May 18, 2022 May 19, 2022(1 event) May 20, 2022 May 21, 2022 May 22, 2022
May 23, 2022 May 24, 2022(1 event) May 25, 2022(1 event) May 26, 2022 May 27, 2022(1 event) May 28, 2022 May 29, 2022
May 30, 2022(1 event) May 31, 2022(1 event) June 1, 2022(1 event) June 2, 2022 June 3, 2022(1 event) June 4, 2022 June 5, 2022