KURSUS PRA BICARA /PERBICARAAN : KES TUNTUTAN NAFKAH ANAK, PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN NAFKAH ANAK SECARA HIWALAH DAN TUNTUTAN HADHANAH

6 Julai 2022: Bahagian Latihan (BL), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Kursus Pra Bicara/Perbicaraan: Kes Tuntutan Nafkah Anak, Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Nafkah Anak secara Hiwalah dan Tuntutan Hadhanah bermula 4 Julai 2022 hingga 6 Julai 2022, bertempat di Bilik Latihan, Bahagian Latihan, JKSM dan Mahkamah Moot, JKSM.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu YA Tuan Kamal Bashah bin Dato’ Haji Ahmad Tajuddin, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. Kumpulan sasaran peserta bagi kursus ini ialah peguam-peguam Syarie daripada Jabatan Bantuan Guaman dan pegawai-pegawai Bahagian Sokongan Keluarga seluruh Malaysia.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memantapkan kefahaman para peserta berhubung kaedah-kaedah pelaksanaan saman, waran tangkap dan penyediaan Pliding, memberi panduan persediaan dokumentasi bagi penandaan dan rujukan perbicaraan di Mahkamah Syariah dan meningkatkan kemahiran peserta dalam mengendalikan proses perbicaraan di Mahkamah.

Pelaksanaan kursus ini telah dijalankan secara bimbingan teori dan praktikal melalui simulasi perbicaraan di Mahkamah Moot, JKSM. Para peserta telah dilatih untuk mengendalikan kes dengan bertindak sebagai Hakim, Peguam Plaintif dan Plaintif, manakala penceramah bertindak sebagai Peguam Defendan. Sepanjang kursus ini berlangsung, semua peserta yang hadir telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan telah melaksanakan tugasan yang diberikan dengan cemerlang.

Last Updated on July 6, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Melaka
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Penang
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah