MUZAKARAH PEGAWAI SYARIAH BERSAMA JABATAN PENDAKWAAN NEGERI DAN BAHAGIAN PENDAKWAAN NEGERI TAHUN 2022

6 Julai 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM petang ini berkesempatan merasmikan Muzakarah Pegawai Syariah Bersama Jabatan Pendakwaan Negeri dan Bahagian Pendakwaan Negeri Tahun 2022 bertempat di Hotel Holiday Villa Beach Resort & Spa, Cherating, Pahang yang dianjurkan oleh Bahagian Pendaftaran, Keurusetian dan Rekod (BPKR) JKSM.

Muzakarah selama dua hari ini diadakan sejurus berakhirnya Muzakarah Bersama Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Jabatan Bantuan Guaman (AGC) dan Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUUN/ALAS) yang bermula semalam hingga tengahari tadi.

Muzakarah yang melibatkan hampir 30 orang pendakwa syarie ini berperanan sebagai medium untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini sama ada maklumat dari JKSM mahupun dari agensi di samping membincangkan serta menyelaraskan isu-isu yang timbul semasa menjalankan tugas seharian sebagai Pendakwa Syarie di Mahkamah Syariah.

Di dalam ucapan perasmian, YAA Dato’ Setia Dr. berkesempatan berkongsi maklumat tentang pengwujudan satu unit baru di BPKR JKSM iaitu Unit Transformasi e-Syariah (U-TeS) yang berperanan mengurus keperluan dan impak dalam pembangunan projek e-Syariah dalam usaha memastikan kesinambungan projek e-syariah ini dapat dikekalkan dan dikembangkan pada masa akan datang.

Menurut YAA Dato’ Setia Dr., Projek Transformasi e-Syariah Versi 3 (eSV3) telah dimulakan pada Julai 2021 dan dijangka Go Live pada September 2022 melibatkan dua negeri telah dipilih untuk proses Go Live tersebut iaitu Negeri Selangor serta Wilayah Persekutuan sebelum sistem tersebut dijangka diperluas ke negeri-negeri lain bermula Januari 2023.

Seterusnya, YAA Dato’ Setia Dr. turut mengalu-alukan sumbangan penulisan artikel daripada semua Pegawai Syariah termasuk juga Pegawai-Pegawai Syariah yang bertugas di Jabatan Pendakwaan Negeri dan Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam negeri (JAIN) di seluruh Malaysia untuk diterbitkan dalam Jurnal Hukum.

Beliau yakin, dengan pengalaman luas serta skop tugas yang berbeza dan ilmu yang pelbagai dikalangan pendakwa-pendakwa syarie akan dapat memberikan manfaat yang besar kepada kemajuan sistem perundangan Syariah sekiranya ia dapat dinukilkan dalam bentuk penulisan yang boleh dikongsi kepada seluruh masyarakat.

Di akhir ucapan, YAA Dato’ Setia Dr. berharap agar muzakarah yang bermula pada malam ini sehingga hari esok akan mencapai objektif penganjurannya dan sesi perbincangan akan dapat dilaksanakan dengan penuh ilmiah dengan penglibatan semua pegawai.

Muzakarah akan diisi dengan pembentangan Kertas Makluman Mengenai Pengurusan Tatatertib Bagi Pegawai Syariah Yang Ditempatkan di Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri (Gunasama) oleh Unit Integriti JKSM serta Kertas Makluman berkaitan Penggunaan Sistem Perpustakaan Bersepadu KOHA Sebagai Sistem Pengurusan Perpustakaan (Library Management System) di Pusat Sumber Maklumat JKSM.

Sesi muzakarah turut bakal diisi dengan pembentangan perkembangan terbaru dari Jabatan Pendakwaan Negeri dan Bahagian Pendakwaan Negeri yang akan dibentangkan oleh Puan Hajah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi, Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie JAPENS WP.

Last Updated on July 6, 2022

Kalendar JKSM

Events in May 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024(2 events) May 3, 2024(1 event) May 4, 2024 May 5, 2024
May 6, 2024(2 events) May 7, 2024 May 8, 2024 May 9, 2024(1 event) May 10, 2024 May 11, 2024 May 12, 2024
May 13, 2024 May 14, 2024 May 15, 2024 May 16, 2024 May 17, 2024 May 18, 2024 May 19, 2024
May 20, 2024 May 21, 2024 May 22, 2024 May 23, 2024 May 24, 2024 May 25, 2024 May 26, 2024
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024