LAWATAN KE TAPAK PROJEK KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH

3 April 2021: YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pagi ini berkesempatan mengadakan sesi lawatan ke tapak projek Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah di Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Turut serta dalam lawatan rasmi kali ini ialah YAA Tuan Ahmad Din Bin OKK Othman (Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah), YBrs. Puan Nik Ainun Zanariah (Pengarah Kanan Projek Bangunan JKR Malaysia), Tuan Ir. Ali Ahmad Bin Hamid (Pengarah JKR Sabah) dan Puan Narima Hanim binti Zainal Abidin (Arkitek Penguasa Kanan JKR Malaysia).

Sesi lawatan tersebut dimulakan dengan meninjau perkembangan kerja-kerja di setiap aras bangunan sebelum diteruskan dengan mesyuarat ringkas di bilik mesyuarat Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Sabah.

Antara intipati penerangan adalah perkembangan terkini proses pembinaan yang dijadualkan siap sepenuhnya menjelang bulan Jun 2021 dan proses perpindahan ke bangunan tersebut dijangka pada Bulan Ogos 2021.

YAA Dato’ Setia Dr. turut menzahirkan harapan agar projek yang dijalankan dapat diselesaikan dengan lancar mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan serta proses perpindahan kelak dilakukan dengan teratur bagi mengelakkan perkhidmatan kepada pelanggan mahkamah terjejas.

Ini selaras dengan hasrat kerajaan persekutuan agar bangunan yang siap kelak dapat menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih baik dan selesa kepada para pelanggan mahkamah sekaligus menaikkan imej JKSM dan institusi kehakiman secara menyeluruh.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

April 29, 2024

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah
Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah