LAWATAN KE TAPAK PROJEK KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH

YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini berkesempatan mengadakan sesi lawatan ke tapak projek Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah di Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Sesi lawatan tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah dan syarikat pembinaan yang terlibat dengan pembangunan projek tersebut.

Antara intipati penerangan adalah perkembangan terkini proses pembinaan yang dijadualkan siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

YAA Dato’ Dr. turut menzahirkan harapan agar projek yang dijalankan dapat diselesaikan dengan lancar mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan.

Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan persekutuan agar bangunan yang siap kelak dapat menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih baik dan selesa kepada para pelanggan mahkamah sekaligus menaikkan imej JKSM dan institusi kehakiman secara menyeluruh.

Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah YAA Tuan Ahmad Din OKK Othman, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah dan Puan Surayah binti Ramlee, Ketua Pendaftar JKSN Sabah.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

April 26, 2024