LAWATAN KERJA DAN DISKUSI ISU PERNIKAHAN YANG BERLAWANAN DENGAN AKTA/ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NIKAH SENDIKET) WARGANEGARA MALAYSIA DI SELATAN THAILAND BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH SELATAN THAILAND KERJASAMA JAKIM DAN JKSM

20 hingga 23 Jun 2023| Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan lawatan kerja dan diskusi isu pernikahan yang berlawanan dengan Akta/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam warganegara Malaysia di Selatan Thailand bersama Majlis Agama Islam Wilayah Selatan Thailand. Lawatan dan diskusi tersebut melibatkan kelima-lima Wilayah Selatan Thailand iaitu Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun, selain perbincangan dan kunjungan turut diadakan bersama Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla.

Tujuan lawatan kerja ini adalah bagi membincangkan isu berkaitan perkahwinan yang melibatkan warganegara Malaysia di Selatan Thailand terutamanya yang melibatkan perkahwinan sindiket. Lawatan kerja ini telah berjaya dilaksanakan melalui kerjasama semua Majlis Agama Islam Selatan Thailand yang bersedia memberikan kerjasama dan komitmen bagi memudahkan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dan Mahkamah Syariah negeri-negeri dalam membuat pengesahan selain membincangkan langkah bagi membendung perkahwinan dilangsungkan di selatan Thailand.

Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Tuan Hj. Ruslan bin Said Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM manakala JKSM diketuai oleh YBrs. Tuan Hj Nassir bin Hj Abdul Aziz Ketua Pendaftar JKSM. Selain itu, rombongan turut disertai seramai 41 orang yang terdiri daripada KPNCR Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, Ketua Pendaftar JKSN dan MSN, Hakim-Hakim Syarie, Pendaftar, urusetia JAKIM dan JKSM. Turut hadir YBrs. Tuan Hj. Norizan bin Abd Ghani Pengarah KSK JAKIM, YAA Tuan Kamal Bashah bin Dato’ Ahmad Tajuddin, Ketua Hakim Syarie JKSM Negeri Sembilan dan Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz Pengarah BPKR JKSM.

Lawatan ini adalah susulan daripada persetujuan Persidangan KPNCR dan KP JKSN/MSN pada tahun 2022. Hasil lawatan akan disediakan laporan bagi tujuan penambahbaikan sama ada di peringkat KPNCR Jabatan Agama Islam Negeri-negeri mahupun Mahkamah Syariah negeri-negeri. Pandangan dan nasihat terutama daripada pejabat Konsulat akan diberikan perhatian dan perbincangan lanjut akan diadakan secara bersama antara JAKIM, JKSM dan Wisma Putra. Semoga hubungan dan kerjasama erat di antara Malaysia dan Wilayah Selatan Thailand mahupun negara Thailand akan terus berkekalan terutama yang membabitkan hal ehwal Islam di antara kedua-duanya.

Disediakan oleh:

Urusetia

Lawatan Kerja & Diskusi, BPKR, JKSM

Last Updated on June 20, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024